Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

* Life is more meaningful with K.I.D.S!


The Journey of A Thousand Miles Start with a Single Step

BERTUAH.. Perkataan pertama saya dapat nyatakan sebab BERTUAH menjadi salah seorang tulang belakang PERTUBUHAN ini.. Bermula dari Program Sejuta Impian lagi, saya tertarik dengan ISU yang dibawa.. ‘STREET CHILDREN’.. Isu yang sangat asing bagi kita di sini.. Dalam hati terdetik ‘masih ada lagi ke kanak-kanak seperti ini di Malaysia?’

YA! Populasi paling ramai sekali adalah di Tawau dan Semporna..

PELUANG.. Saya berPELUANG untuk bertemu dan membuat program berbentuk pendidikan dengan kanak-kanak ini.. tidak mahu melepaskan peluang begitu sahaja, saya merancang sesi pembelajaran sebaik mungkin bersama rakan-rakan guru yang lain..



Hari pertama: saya memulakan sesi pada hari itu.. sesi pertama je saya dah mula mengeluh kerana PENAT..hahaha.. Mungkin kerana tidak cukup tidur dan berehat..  Tertanya-tanya bagaimana team yang lain menguruskan 15 sesi terus menerus tanpa bantuan ramai Volunteers. Hahaha.. tp, bila saya lihat kepada kesungguhan dan semangat kanak-kanak tersebut untuk belajar, hati terus terdetik “Apa mereka akan jadi pada masa depan mereka jika keadaan ini berterusan?”

YES!!! THESE SCENARIO HAS BEEN THERE FOR 50 YEARS..SO, WE NEED MAKE A CHANGE!! NOW OR NEVER!!! –Mazuin dalam Sejuta Impian

Semangat terus membara untuk meneruskan sesi sehingga tepat pukul 6 petang. Pada pengamatan saya, ramai yang berbakat di situ. Oleh kerana saya diberi tugas untuk mengajar menari, saya melihat ada beberapa org kanak-kanak yang memang boleh menari. Rasa macam nak tarik je budak-budak tu kemudian ajar menari betul-betul sampai boleh buat show..hahahahha… TUNGGULAHHH~ Inang, Zapin, Joget, Daling-daling semua aku ajor…hahahha

Hari kedua: segalanya lebih teratur.. dan kelas berlangsung seperti biasa.. kanak-kanak tersebut ketawa, menjerit, menangis, berlari, menulis dan sebagainya membuatkan saya tak habis-habis tersenyum. Inilah LANGKAH PERMULAAN MEREKA SEBELUM MELANGKAH JAUHHHHHHH!!!! Terima Kasih K.I.D.S Malaysia!!!


ShukStarz: I love Semporna so much except for the sampah sarap.. =P

Tuesday, March 13, 2012

*K.I.D.S Malaysia - Step it up with G.H.I



ShukStarz: It was a great experience teaching them with the letters!! I enjoyed myself there..

Sunday, December 25, 2011

* Trivia 2011..

Apabila hampir ke penghujung tahun, maka ramai lah yang dah pasang angan-angan atau lebih tepat impian dan azam untuk tahun berikutnya.. tapi, bagi aku, aku tak suka buat benda-benda tu semua.. aku lebih suka kenangkan apa yang berlaku pada tahun tersebut.. Ianya lebih 'memorable'

1) Banyak kenangan pada tahun ini yang tidak sama sekali dilupakan.. dimulakan dengan kereta kena pecah dan laptop aku hilang kena rembat masa tu.. perghhhhh.. hanya tuhan yang tahu.. haishhhh... ke mana lah laptop tu pergi kan?? dijual di black market kah?? atau dibuang begitu sahaja.. banyak benda berharga kat dalam laptop tu.. tak perasan langsung masa tu tingkap kena pecah.. kemain halus lagi si pencuri ni buat keje terlarang ek.. padahal aku takde lah jauh sangat ngn kereta.. hurmmmm.....

2) Tahun ni jugak lah aku kehilangan kawan baik di Universiti iaitu Mohd Syafiq Ibrahim.. aku ada letak entry khas untuk arwah.. scroll saje di blog ini dan anda akan mendapat cerita mengenai beliau.. sampai sekarang kalau pergi ke mana-mana dan terlihat benda yg arwah suka especially steamboat mesti terharu..

Ok..ok..ok enough with cerita sedih pada tahun ni.. hehehhee... 

3) Yang paling best pada tahun ni adalah pencapaian peribadi..hahahhaa... dah lama menyepi dari arena persembahan pentas especially tarian.. tapi, tahun ni berkesempatan join menari untuk wakil Pasir Gudang dalam Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran.. bukan sekadar wakil daerah saje, tapi kami melangkah gah sampai ke tahap kebangsaan.. sangat membanggakan.. aku banyak belajar daripada benda ni.. Ya! walaupun kami bukan pasukan yang kuat, tapi kami dah buktikan yang kerjasama sepasukan sangat diperlukan untuk berjaya... Thanks semua!! Ini kenangan terindah sepanjang zaman...



ShukStarz: beautiful year I've ever had.. thanks guys

Thursday, December 08, 2011

* Peluang

PELUANG...

Peluang datang bukan selalu.. dan ada juga tak pernah berpeluang langsung untuk melakukan sesuatu dan berbuat sesuatu..

Memanglah cikgu-cikgu ni cutinya banyak tapi, tidak semua cikgu dapat merasai nikmat cuti banyak tu memandangkan ada komitmen yang harus diselesaikan..hurmmm.. tak tau la tahun ni macam sangat-sangat byk benda yg dibuat sampaikan banyak benda juga yg diabaikan..

Tapi, alhamdulillah... dalam kesibukan yang melanda ketika cuti ni, saya sempat juga meluangkan masa utk bercuti bersama keluarga ke Sarawak.. It's a great experience! 

Peluang yang ingin saya ceritakan ni sangatlah HEBAT di mana for the first time eva, saya akan mewakili Negeri Johor untuk Pesta Sukan dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan which is the highest achievement of me in art performance.. so, ni macam PELUANG sekali seumur hidup.. hahahaha... Susah nak dapat peluang yang sebegini.. jadi, bila ianya di depan mata, we should grab it and prove that we are the BEST!

Sesi latihan telah pun bermula.. bermaksud tenaga harus dikerah, keringat harus ditagih agar semuanya berjalan dengan lancar pada hari pertandingan.. kami mengatur strategi sebaik mungkin agar gerakan dan pola lantai tidak jemu mata memandang dan beridentiti JOHOR!! 

Dan masih ada lebih kurang 2 minggu lagi latihan.. segala perubahan gerak perlu dilakukan segera agar semuanya tampak sempurna nanti.. dan saya SERIOUSLY tak akan mensia-siakan PELUANG ini begitu sahaja.. Walaupun sedar banyak kelemahan diri, saya akan pastikan yang usaha memperbaiki diri akan terletak paling atas sekali.. hahaha...


ShukStarz: PSKPP Kebangsaan here we go!!!! 

Sunday, December 04, 2011

*My Interest

Teringat masa Zaman Universiti.. Ramai orang ingat saya ni ambil 'course' art performance.. dan bila saya katakan yang saya ni adalah mahasiswa Fakulti Sains dan mengambil jurusan Sains dengan Pendidikan (Bio, Kimia) semua tak percaya.. hahahaha... lantak korang la..

Anyway, bukan nak cite pasal tu sebenarnya.. tetibe je jari jemari ni lancar menekan butang-butang huruf di atas papan kekunci laptop saya ni untuk bercerita mengenai kesukaan dan keghairahan saya iaitu art performance.. Mungkin post kali ni ada la berkait rapat dengan post sebelumnya..hehehe..kiranya kesinambungan la..

Tapi, tetibe hati tergerak untuk membuat post appreciation la pulakkk...hahahahaha...

Baiklah, 1st of all saya nak merakamkan jutaan terima kasih kepada guru yang telah menjerumuskan saya ke alam seni pentas di sekolah dahulu iaitu Cikgu Dzulghafar Ismail (sangat garang bila ajor zapin.. kena maki hamun tu dah perkara biasa)..tp, oleh kerana nak belajor punya pasal.. semua tu harus ditelan bulat2.. Ingat lagi sekolah mendapat tempat ke-2 pertandingan zapin peringkat daerah.. hehehe.. kemain suka...

2nd, saya nak ucapkan terima kasih kepada Abg Din (Rithaudin) choreographer Sixers di UM dahulu.. byk benda baru saya belajar mengenai Zapin dan Joget.. shows and all other things.. masa ni jugak saya belajar yagn minat mengatasi segala-galanya.. mengenali pelajar2 yang mengambil medicine gigih berlatih tarian.. salute kat dorg!

3rd, dan yang ini figura paling penting dalam 'kegilaan' saya.. Che Zehan.. seorang yang sempoi, funny dan berkarektor.. menjerumuskan saya ke alam teater.. and WOW!! teruja!!! build my confident so much!!! and i love it.. sampaikan terbawa-bawa sampai sekarang..hahaha.. begitu hebat penangan 'keterujaan' saya yang ini..

ShukStarz: Tqvm guys!!!! maaf jika nama kamu tidak disebut di sini.. tp, inilah dia insan2 penting dengan membina 'keterujaan' dalam seni persembahan..

Thursday, November 24, 2011

* Prasasti Seni



Kelab kesenian dan kebudayaan Johor Jaya 2 telah ditubuhkan pada tahun 2009. Bermula tahun 2011, kelab ini membuat penjenamaan semula dengan menggunakan nama Prasasti Seni JJ2 agar lebih segar dan beridentiti.

Prasasti Seni bermaksud intipati seni di mana kelab ini cuba mengetengahkan dan menyelitkan pelbagai unsur seni di dalam setiap persembahan mereka samada dalam tradisional mahupun moden. Kelainan dan kepelbagaian yang ditonjolkan menyemarakkan setiap persembahan yang dilakukan sehingga mencapai satu standard yang tersendiri dan mampu memukau mata penonton.

Antara persembahan yang telah dilakukan oleh Kelab Prasasti Seni JJ2 adalah Persembahan 1 Malaysia di Majlis Makan Malam Sekolah Dato’ Jaafar di Persada. Persembahan Dramatari ‘the victory’ telah mendapat pujian ramai kerana berani membuat pembaharuan di dalam persembahan tersebut. The Victory mengisahkan susah payah seseorang individu mengecapi kejayaan, segala onak duri ditempuh dengan azam membara.

Tidak cukup hanya di situ. Prasasti Seni JJ2 telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan membuat persembahan berskala besar ketika Kejohanan Balapan dan Padang dengan persembahan bertajuk The Birds. Mengambil insipirasi Filem Rio yang berwarna warni dan meriah, Prasasti Seni telah menterjemahkanya dalam bentuk realiti.

Siapa kata sekolah kita tidak hebat? Kelab ini juga telah membuktikan bahawa kita bukan jaguh kampung semata. My School Rock 2011 anjuran Astro telah membuktikan segalanya. Walaupun Kelab ini kecundang dan tidak dapat mewakili Johor ke peringkat seterusnya, tapi mereka telah membuktikan yang kita mampu  menggegarkan Johor dengan mendapat Anugerah Kostum Terbaik, Anugerah Pasukan Sorak Sekolah Terbaik dan Tempat ketiga keseluruhan. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Bukan setakat persembahan pentas sahaja, Kelab ini telah menyahut cabaran dengan menyertai Pertandingan Video Merdeka anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Produksi Cinta Merdeka telah dihasilkan selama dua hari sahaja. Dengan semangat yang diberikan daripada setiap ahli maka Cinta Merdeka telah siap dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Justeru, Prasasti Seni JJ2 akan terus gah dimata sekolah. Banyak program dan aktiviti dirancang bagi mengukuhkan lagi platform kelab ini.



ShukStarz: “ANYBODY CAN BE A PERFORMER”

Tuesday, November 15, 2011

* Terima Kasih

Hanya beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan tahun 2011 akan melabuhkan tirai.. saya dengan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang banyak membantu dalam menjalani kerja seharian.. tanpa kalian siapalah saya..

Tapi, kadang-kadang saya terkilan.. terkilan dgn sikap pelajar zaman sekarang.. saya juga pernah melalui kehidupan seorang pelajar. di mana pada zaman saya dahulu kami pelajar-pelajar sgt berterima kasih kepada guru-guru yang mengajar kami.. tak kira la dia mengajar apa pun.. sehinggakan setiap bebanan guru kami ringankan dengan cara menolong seberapa mampu.. 

Contoh:
Hari sukan, kami yg gigeh mencari peserta perbarisan, acara balapan..siap buat jadual latihan utk para atlit.. klu hari guru, kami lah organizer-nya.. cikgu mmg WAJIB utk duduk dan merasa bangga.. majalah jgn ckplah..siang malam menaip walaupun dulu tak ada teknologi canggih.. 

Bukan nak tunjuk bagusnya saya pada zaman sekolah, apatah lagi riak dan bongkak.. dan saya juga bukanlah cemerlang mana di zaman sekolah.. tak cemerlang langsung.. tapi, mungkin disebabkan berkatnya ilmu dari seorang guru yang dihargai, ALHAMDULILLAH, segenggam ijazah telah saya dapat dan telah mendapat pekerjaan yang stabil.. Seriously talking!

Tapi, bila saya sendiri melihat bagaimana perilaku pelajar zaman sekarang baik sesama kaum atau berlainan sgt jauh berbeza.. mungkin disebabkan arus moden yg begitu pesat sehingga kami bukan dianggap 'guru' tapi lebih kepada manusia biasa yg membebel setiap hari dan patung bergerak.. sehingga satu ketika ucapan terima kasih yg dilontarkan ketika akhir kelas juga saya rasa macam hanya skrip yg dibaca tanpa perasaan.. apatah lagi ucapan terima kasih ketika restu ilmu.. seperti dibuat-buat.. Arghhhhh.. emosinya saya di sini!!! Tp, ada juga beberapa pelajar yg saya benar-benar nampak keikhlasan diwajahnya bila melafazkan maaf dan terima kasih.. YA! SAYA SUDAH RESTU DAN MAAFKAN SEMUA PELAJAR-PELAJAR SAYA! JGN RISAU!!!

Dan kepada Ahli Kelab Prasasti Seni.. terima kasih utk segala-galanya.. pencapaian kita pada tahun ini adalah sangat luar biasa.. saya tahu, masih ada ahli kelab yang masih ragu-ragu utk menunjukkan bakat kerana MMG TAK SUKA PUN dengan SENI PERSEMBAHAN.. sbb join adalah TERPAKSA.. tak apa.. saya tak memaksa semua untuk menyukai bidang ini.. hak masing-masing.. kpd ahli kelab yang akan melangkah ke Tingkatan 5 tahun depan, saya tak akan kacau awak tahun depan.. tapi, mintak tlg awak utk turunkan ilmu yg saya bg kpd adik-adik awak ye... saya merayu~ tapi kalau tak nak saya tak paksa..

ShukStarz: TERIMA KASIH SEMUA... laju je aku tiap bila tgh beremosi bagai...hahahahaha...

Saturday, November 05, 2011

* Kepuasan

Kepuasan..

Kepuasan #1:
masa belajar dulu.. saya sebenarnya tak puas belajar.. tak kira la masa sekolah, matrik dan uni life.. yess!! mmg betul org ckp zaman belajar adalah zaman terbaik dan plg enjoy!! can't agree more... saya enjoy sangat-sangat sebab I've many friends.. kawan baik, kawan buat gaduh, kawan kena kutuk, semua ada complete!! =P  pengalaman tu yg membuatkan saya rasa sgt tak puas utk belajar, DAHAGA kan ilmu.. katenyeeee~~ tp buat masa ni tak terfikir nk further study sebab kekangan masa.. and I can't divide my time into two, sbb nanti mesti yg satu lg akan tidak focus..

Kepuasan #2
masa kerja sekarang.. saya sebenarnya tak puas dengan kerja saya sekarang... I don't know why.. mungkin disebabkan saya tak dapat menghasilkan anak2 murid yg berjaya kot... Hurmmm... kena lebih gigih lagi.. tapi tu la.. KALAULAH CIKGU NI TUGAS DIA MENGAJAR JE.. KAN BEST??? tapi tak pe la..ikhlas selagi boleh untuk mencurahkan ilmu... apa2 ilmu la selagi ianya ilmu..hahahaha....


ShukStarz: InsyALLAH one day I will....

Friday, August 26, 2011

* Happy Eid Mubarak

Tinggal lagi beberapa hari je lagi umat Islam akan menyambut Bulan Syawal.. pejam celik pejam celik dah dekat sebulan kita berpuasa.. Alhamdulillah.. 

Biasanya, bila dah nak raya ni..macam-macam ada kat kotak kepala ni.. siap buat check list yg tak tahan tu.. hehehe.. btw, this is my check list:

1) SHOPPING RAYA
macam biasa la.. bila nak raya, semua benda nak baru.. baju baru, kasut baru, seluar baru.. seawal minggu pertama lagi saya dah mencari-cari baju raya ok..gigehh tak gigehh.. katenye nak mengelak dari kesesakan lautan manusia kalau lambat ber-shopping.. hahaha...

2) DUIT RAYA
hehehe.. tahun ni ada la spend beberapa ringgit utk duit raya.. siap suh akak ipar aku lagi untuk tukarkan duit.. almaklumlah die keje kat Public Bank.. so, senang la nak tukorkan..

3) SERVICE KERETA
baru je semalam dapat balik awal skit.. padahal bulan puasa mmg balik awal pon.. cume kami di Unit HEM ni kena kerja lebih masa skit sebab perlu menghias bilik sebelum raya.. so, semalam tu jugak la bergegas pergi service kereta.. tukor tu, tukor ni.. hahahaha... senang, hbs cite! cume kereta je tak cuci lagi.. nanti la~

4) GAMBAR RAYA
baru je tadi bergambar sakan dengan rakan sekerja.. meriah!!! siap buat video ucapan hari raya lagi.. kalau dulu saya hanya bergambar sahaja, tapi untuk tahun ni saya boleh ber-video sekali.. =)



ShukStarz: itu sahaja kot check list saya untuk hari raya.. kalau ada penambahan, tahun depan jela saya post lain.. =)

Thursday, August 11, 2011

Friday, August 05, 2011

* Is it annoying?

Bukan aku tak nak letak lagu dalam blog ni.. cume terkadang tu rasa serabut kepala otak..hahahaha... yela kalau da bukak banyak2 blog or youtube nak dengar lagu bagai tak ke serabut??? haishhh........


But, I will put it for a few days.. if I think it's annoying YOU, I will delete it.. TQ

Monday, August 01, 2011

* The story of a cute redbox


heheehe...burok tak??? even birthday card ni burok, but I still keep it in my redbox.. gigehh dorg design, tak sampai hati nk buang...hahahaha..btw, tq guys.. it was my birthday celebration yang paling meriah...
This is my weird behavior. Saya akan simpan apa2 benda especially card di dalam sebuah kotak. Semalam masa kat rumah Segamat saya dengan rajinya menggeledah bilik nak cari Buku Kimia, then terjumpa la my cute redbox ni.. Actually, benda ni saya gigehh masa belajar je.. dah kerja, dah takde masa pun..hehe...

My red box contains many stories.. gembira, sedih, suka, duka semua ada. Kotak ni berhabuk sikit yer.. kena tepuk2 skit. nak tau apa ada di dalam???

Taddaaaaa........

Ni surat from someone sempena my 23rd birthday.. Agak touching bila membaca surat ni sebab masa ni kitorg tak bertegur.. I don't know why.. hehehe.. panjang tau surat ni.. dekat 3 pages.. hehe.. anyway, kitorg dah baek balik macam biasa. sengih2 je aku baca hari tu..haha. =P

ok.. sape kate kad raya dah tak relevan??? haaa.... SALAH ok!!! inilah buktinya.. kad raya yang my late friend bagi n saya simpan dalam kotak merah ni.. sangat memorable ok.. mcm2 benda fikir bile baca kad raya die ni..

and this one... kad raya diberi oleh Arwah Syafiq.. cute and smart.. igt dulu roomate ngan ko.. terlajak bgn sahur, buka sama2, shopping raya..hehehe.. sume tu da jd memory.. =P

Friday, July 29, 2011

* Next Mission

Tersentap apabila ramai cikgu mengatakan pelajar-pelajar yang menyertai Kelab Kesenian aku memperoleh markah teruk dalam peperiksaan pertengahan tahun, dan ramai yang berkata-kata mengenai kelas aku yang tak cantik.. Then, I come out with ONE mission.. MISI SENTAP!!!!!
Alhamdulillah.. ramai yang sependapat dengan aku berkenaan dengan Pelajar dan Aktiviti tu.. Thanks friends.. dari apa yang aku tgk yang support tu semua rakan-rakan yang mmg aktif masa zaman-zaman belajar dulu.. kami berpendapat bila pelajar-pelajar ini didedahkan dengan perkara-perkara yang mmg tak diajar di dalam kelas sebegini, mereka akan menjadi seorang yang HEBAT.. CONFIDENT!!! itu adalah kemahiran yang perlu diasah pada peringkat muda.. kalau dah tua, susah la wei... So, I took it as a challenge. nak buat kelas utk dorg. teringat kata2 kawan saya, "jgn nampak kan yg kita ni LEMAH, tunjuk segala BAKAT yang ada, people will RESPECT you"
Alhamdulillah again... kerana aku diberikan pelajar-pelajar kelas yang mmg rajin.. terutama sekali pelajar perempuan.. actually, mmg dah banyak kami berhabis utk kelas lama, tp jahanam dek kerakusan pelajar sesi petang yang tah hape2 tah.. dipindahkan ke kelas yang mmg tak cantik (frankly speaking).. slow slow budak2 ni mengecat, buat sudut bacaan, pasang langsir, tampal gambar guru kelas (eheeemmm eheemmm), tampal maklumat2 kat board.. akhirnye, It was awesome guys!!!
ShukStarz: misi ini sedang dijalankan.. kpd semua saya mengucapkan terima kasih kerana supporting me!

Saturday, July 16, 2011

*My School Rock..

When YOU believe in something, prove it you can do it... with your heart, soul and a lil bit of sacrificing..
Yesterday, there was a dance competition My School Rock Disney Channel 2011 (audition in JB) and my school sent 2 teams THE PROWESS CREW and THE PRASASTI SENI.. but, sadly I was not around that time due to got other job to do.. Seriously sad.. I miss the moment they performed and nailed the stage and crazy crowds too...haishhhh.... You were too crazy guys..
By the way, I arrived when the result announced.. drove like a crazy drunk man on the road.. (had to check with MyEg..watch my latest summons..hahahaha)... Yell like hell in my car when Rosman (my best friend teacher) told me that our school got BEST COSTUME and BEST SCHOOL CEERLEADING.. hahahaha... which I already expected.. A big congrats to PROWESS CREW with B-dancing which grabbed 2nd runner up in the competition..
Even the award was not BIG, but I was BIG enough to say CONGRATULATION GUYS!! YOU WERE ROCK YESTERDAY... JB was punched by US.. people can see now how ROCK our school was..
Big thanks to the participants, supporters, teachers and friends... not to forget ARTS Collection studio that helping me to choreographs them especially THE PRASASTI... their costume were totally awesome guys!!!! Thanks....
ShukStarz: my passion, my heart and my soul.. arts performance...

Sunday, May 29, 2011

* Lost again...

"Abg Shukor, selamat hari guru" itu adalah ungkapan dan ucapan terakhir yang kau bg pada aku..sempat ber-sms dua tiga sms nak tau khabar berita.. hurmmmm... i will keep that msg in my hp!
Hari Jumaat lepas, Deqwan chat ngan aku.. dia btau kau masuk ICU.. I'm so surprised!! then, spread that msg to all of our friends.. ko nak tau, kitorg siap gaduh2 ngan nurse and kakak kt parking tau masa kat hospital.. hahaha..kelakor bila ingat balik!!! aku berkampung dua hari kat Batu Pahat.. Daerah yang aku sendiri kurang familiar.. tunggu kwn2 yang lain datang.. tiap hari aku tweet and update pasal condition ko....
Tapi tu sume seminggu yang lepas.. hari ni, aku baring je sorg2 kat umah tanpa buat apa2.. laptop dan internet teman paling setia tatkala suasana sedih menyelubungi.. semuanya sebab I'm not in mood to do anything (actually, i baru je batalkan kelas tambahan dengan students i).. bila semua org tanya pasal kau kenapa dan mengapa, aku mls nak layan, sbb aku rasa ni bukan masanya aku nk cite kan semua benda.. I'M NOT IN MOOD!!! bila aku sorg2 camni baru aku terasa aku dah kehilangan ko.. sangat-sangat HILANG!!! tapi siapalah kita nak mengubah takdir yang dah tertulis~
Semalam mmg aku plan nak melawat kau sebab aku hantar students aku pg buat show kat Batu Pahat.. tapi, di pertengahan jalan area Simpang Renggam aku dapat call dari Kakak kau.. aku terdiam terkedu seribu bahasa.. tak tenteram.. aku pusing2kan hp aku.. then, one of my students nampak aku cam gelabah and tanya soalan yg tak sepatutnye!!! OMG!!!! aku berhenti kat R&R Simpang Renggam and call all of our friends.. sambil menenangkan diri sendiri.. KUAT!!!!
Ko dah dapat rumah baru kat 'sana'.. Insyallah kalau ada rezeki lagi aku jenguk lagi eh.. semalam pun ramai kwn2 kita datang untuk melawat kau.. hopefully, kau bahagia kat 'sana' dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman... aku mampu berdoa kat sini sebab kita dah terpisah jauhhhhhh sangat..... I will miss you so DAMN much!!!! and I will keep our memories in my deepest heart..
ShukStarz: Al Fatihah to my friends.. MUHAMAD SYAFIQ IBRAHIM yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 MEI 2011.. semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada beliau

Thursday, April 28, 2011

* A journey of thousand miles start with a single step

Nabi Muhamad pernah bersabda:
"TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGERI CINA"
Pepatah Melayu pulak ada menyebut:
JAUH PERJALANAN, INDAH PEMANDANGAN
Jadi, mulakan langkah pertama mu untuk menggapai impianmu.. Pelbagai pengalaman yang akan ditempoh sepanjang perjalanan mu dan perlu ditempoh dengan keazaman dan tabah hati.. Ingatlah orang yang berjaya sentiasa BERKORBAN demi cita-cita nya... TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN!!!!

Friday, April 22, 2011

* Problem~

MASALAH...
setiap manusia ada masalah... tak kire apa... saya sendiri ada masalah saya.. cume kadang2 nampak sume org tu happy je sbb die pandai handle masalah... my BIG problem is saya suka buat kerja LAST MINUTE!! hahaha...seriously!!! tak suka la tabiat ni... menyusahkan dan memalukan!!! huhuhu
btw, sebut pasal masalah, saya teringat bagaimana satu ketika dahulu saya mengendalikan masalah saya:
  • 1st: saya buat2 tak ada masalah..hahahaha....
  • 2nd: saya suka pg mall sorg2 tanpa arah..main masuk je kedai yg saya suka dan cuba beberapa baju..tp, tak beli pon...
  • 3rd: sibuk kan diri... sampai terlupa masalah kita... huhuhu
  • 4th: tidur... sgt senang utk lupakan masalah..hahahaha
sebenarnya, masalah yg dtg itu adalah untuk mematangkan fikiran...kalau kita tiada masalah, sampai bila pon kita tak tau bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut..betul tak???? jadi, penuhkan la diri anda dengan pelbagai masalah...hahahahaha....
shukstarz: nak beli handycam la.... hahahaha.... *yg ni ada masalah...duit...hahahaha

Sunday, April 17, 2011

* Live is better than recording

Live is better than recording...
mcm ni cerita nya.. semalam which is 17 April adalah recording untuk rancangan Sejuta Impian.. so, aku dengan excited nya datang untuk support kawan aku a.k.a Mazuin Ismail to pursue her dream!
aku pernah pergi show tv 'LIVE' masa AJL tahun 2008 kalau tak silap... It smooth n sharp! masa 2 jam, 2 jam tu la hbs terus rancangan tuh!!
aku jugak pernah pergi show tv 'recording' kat Angkasapuri untuk program Zoom In Spider..smooth and sharp juga...
tapi semalam... huhuhu... baru tau strategi untuk masuk 'recording' ni cane...hahahha... die HOLD kami till the end of the show!!! arghhhhhh.... bygkan kitorg punye gigih dtg studio pukul9 pagi ok! then, the reheasal pukul10.. but, they started the recording on 230pm.. excited ni.. tp, bila one by one peserta keluar, aku dah asyik mengerling mata ke arah jam..wow!!! bile nk turn Mazuin??? hbs part one, die tak dipanggil lagi.. masing2 dah resah gelisah.. dah siap pergi tanya Floor Manager bagai.. what the heck is happened! sbb masa rehearsal, xdela cam jauh sangat turn Mazuin..
Segala teori dan konspirasi has been made.. tp, kami pasrah untuk menurut sahaja kehendak producer sbb xnak die buat taik kat our heart stringer!! and you know what, Mazuin diletakkan pd last presenter.. so, kami stay la kat dlm studio tu sampai ke peserta terakhir which is Mazuin.. haissshhhhhh~
Btw, penantian tersebut berbaloi-baloi apabila segala plan and strategy dibalas dengan dana yg diberi iaitu sebanyak RM23500 for her dream!! which is melepasi apa yg diminta iaitu sebanyak RM20000.. jerit bagai la kami masa tu.. seriously I was shocked when the judges said they will give RM3500 at first.. hahahhaha...
ShukStarz: drama...drama....drama....

Sunday, April 10, 2011

* Happy 26th Anniversary...

SELAMAT HARI LAHIR...
Thanks to those wishes that posted in Facebook especially and sms in phone.. I appreciated it guys...thanks so much!!!
Daripada mak: "shuk, hari ni birthday ko kan??? mak doakan panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yg soleh. rajin2 sembahyang 5 waktu"..
Daripada mazuin: "msk program sejuta impian, abg shukor akan masuk TV coz you are one of my team!!" that's is my present for my birthday..
Daripada dayat: Sgat susah untuk mencari seorang guru sperti:95%GIGIH 99%PANDAI BERBICARA 90%BERGAYA 100%KAKI PEYENTAP KN ORG 99.5%PEMURAH 90%BERBAKAT tp snang sy cri smue sfat ny sbb guru trsbot adelah kamO!!!MEWAKILI CLUB PRASASTI SENI
dan banyak lg wishes and soalan2 cepumas daripada kawan-kawan, sedara mara, family aku, dan tidak lupa pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah aku... I'm speechless sebab tahun paling banyak wishes kot...hahahahaha
ShukStarz: REALITY CHECKED... I'M 26...huhuhuhu