Monday, August 02, 2010

*Keikhlasan

  1. SEBELUM SAYA MELEMPARKAN KATA-KATA.. saya ingin mengucapkan selamat berkenalan kepada semua kawan-kawan yang baru saya kenal dan tak lupa juga kepada kawan-kawan yang menyambung kembali ikatan setelah lama terputus hubungan..
  2. Begitulah hebatnya penangan zaman serba canggih ini, macam-macam yang kita boleh lakukan waima mencari kenalan lama yang telah kita tinggalkan berdekad lamanya..
  3. Tapi, bagi saya keikhlasan itu adalah penting dalam setiap perhubungan..samada perhubungan intim atau pun perhubungan atas dasar sahabat baik..
  4. Teringat pula masa zaman-zaman belajar di Universiti dulu.. memang rapat sangat dengan kawan-kawan sehingga kan segala masalah, suka duka dikongsi bersama.. tapi, kita ni manusia biasa, tiada yang sempurna..pasti ada kekurangan dan cacat cela di mana-mana.. kadang tu ada terkasar bahasa, terlanjur bicara.. si sahabat pula terasa dihati sehinggakan membawa diri.. memang banyak berlaku pada saya..seriously!!!!
  5. sehingga pernah satu ketika mereka menggelarkan saya ni suka buang kawan..dapat kawan baru, kawan lama ditinggalkan.. sehinggakan ada yang menggelarkan saya ni pilih bulu..mana yang sekepala sahaja dijadikan kawan...
  6. pada saya, saya suka berkawan dengan mereka-mereka yang memahami diri yang kurang ini..jika saya faham hati budi masing-masing barulah saya terima gurauan yang kekadang melampau fikiran normal..hahahahaha...orang kata, LAYAN KAN AJE!!!
  7. tapi, dalam pemerhatian saya selama ini, walaupun bergaduh macam mana pun..jika keikhlasan dalam bersahabat itu ada dalam setiap sahabat saya, pasti ikatan tersebut bersambung kembali..malah, lebih erat....kerana masing-masing telah muhasabah kenapa dan mengapa ianya terjadi...
ShukStarz: terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak melayan karenah saya~ saya sayang kamu semua...=)

No comments: