Saturday, December 17, 2016

"Backpackers" ke Bangkok, Siem Reap dan Ho Chi Min City (13.12.2016) DAY 7: The Journey to Homeland

"Travel memang menyeronokkan, tapi harus diingat, bukan sepanjang masa ketika travel itu seronok. Dalam erti kata lain, travel itu bukan sentiasa yang indah-indah sahaja. Kadang-kala anda juga berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan. Apa pun cabaran, itulah sebenarnya sebab utama kenapa travel itu sangat seronok"

7th day (13.12.2016): Ho Chi Min City - Senai, Johor
Ok siap dah packing brg2 masuk beg. Selagi boleh sumbat, sumbat je. Kami plan gerak dari hotel kul6.00 pagi memandangkan flight kul8.20 pagi. Untuk pengetahuan pukul6 pagi di sini dah macam kul7 pagi di Malaysia. Jadi tak ada masalah! Set alarm dan tidur...

********************************* 
Bangun seawall pukul5.15 pagi. Menjerit-jerit lagu Maher Zain Insha Allah suruh bangun. Hehehe.. Kesejukan mandi hokay sebab tak ada air panas kat shower dia. Perghhh.. Keluar menggigil-gigil. Terus check out dan berjalan kaki menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Saigon. Sampai ke lapangan terbang kami mencari kaunter Air Asia sebab kami belum check in lagi. Bila sampai, pekerja Air Asia suruh timbang beg. OMG! Kantoi  la kan beg dah berat. Memang overweight wei. Hahaha.. So, dia suruh bayar ler 36USD for 15Kg. Hahahaha.. Tak teringat langsung pasal benda ni.. wakakaka.. Selamat bawak magic card memandangkan cash memang dah tinggal berapa je dan masa pun dah tak banyak.


Jalan sahajor pergi ke Lapangan Terbang


Jalan dan jalan. Tapi Nas dah tengok dulu laluan dari hotel ke Lapangan Terbang


Antara pemandangan bangunan semasa berjalan. Keadaan pagi tu macam baru lepas hujan.


Haaa.. nak kena cross jalan ni hati kena kering dulu. hahahaha... Seawal pagi jalan dah sibuk dengan banyak motor.

Sambungan daripada cerita di atas
Setel bab beg. Terus ke Imigresen untuk cop dan scan masuk ke departure hall. Terus menapak menuju ke Gate 8 yang agak jauh dan menunggu di situ. Tak lama pun. Kami ambil peluang untuk snap snap dan merayau sat beli pape. Beli lagiiii.. hahahaha..


Pagi kat sini baru lepas hujan. So, awan kat atas tu tak berapa cantik.


Tengah setting nak amek gambar tetiba ada sorg budak ni tertarik dgn kamera I. hahaha.. Bila panggil ajak bergambar terus dia lari dapatkan mak dia.


Hahaha.. Kalau boleh setiap benda nak dirakam.


Masa duduk menunggu flight

Air Asia
Flight take off dalam pukul8.45 pagi. Smooth take off. Tekak memang teringin nak makan nasi lemak Pak Nasier sebenarnya. Tapi, choiii tak ada! So, makan je Chicken Rice. Boleh lah. Sepanjang perjalanan 1 jam 50 minit tu kami borak-borak pengalaman trip ni dan buat la sedikit review “TERBAIK dari 3 Negara”. Hahaha..


Ni laluan udara kami dari HCMC ke Senai Airport


Wajib amek di setiap kenderaan yang kami naiki. Walaupun ada yg kecam asik gambar transport je.. hahahaha..


Jom breakfast uollss...


Pemandangan daripada dalam flight.

Tak terasa pun 1 jam 50 minit tu. Dan2 kapten pesawat buat pengumuman nak landing. Huhuhu.. aku macam, “dah sampai ke?”.. Mungkin sebab dah biasa dengan perjalanan yang makan masa yang lama, jadi perjalanan yang sekejap bagaikan tak terasa. Hihihi..

Alhamdulillah safely landing.. Mendarat pada pukul11.30 (waktu Malaysia). The Journey is coming to an end. Bersyukur kepada Allah krn memberikan kesihatan dan kemudahan dalam menempuh pengembaraan 7 hari ini.


Bersama Flight Attendance Air Asia. Tq uollss..


Haa... Bergambar dgn transport yang telah membawa kami dari Vietnam ke Malaysia.


-->
Kami sampai ke rumah masing-masing dalam pukul1.30 petang dan dah start terfikir-fikir what is our next trip.. hahahaha... 

Total cost for day 7:
Air Asia Vietnam - Senai (RM277.00)
Baggage 15kg 36USD (RM162/2 = RM81.00)
Makan dalam flight (RM40.00/2 = RM20)

= RM378.00

ShukStarz: Sekian cacatan pengembaraan saya pada kali ini. Terima kasih kepada kawan sekampung saya yang mengajak ke pengembaraan ini iaitu Nasrudin. 1st time buat kerja gila yg tak pernah terfikir pun. Terima kasih kerana membaca semua!

No comments: