Friday, December 16, 2016

"Backpackers" ke Bangkok, Siem Reap dan Ho Chi Min City (12.12.2016) DAY 6

"Kita tak mampu nak plan semua benda, lagi-lagi bila sampai kat tempat yang baru, yang tak pernah sampai sebelum ni"

6th day (12.12.2016): Siem Reap - Ho Chi Min City
Betul cakap Jacob from Netherland yang menjadi Volunteer Teacher di Siem Reap untuk beberapa bulan. Tapi dia baru duk beberapa minggu. Dia beritahu tuk tuk kat Siem Reap ni agak mahal dan 'You don't have to worry a lot, you can get more wrinkle at your forehead'.. hahahaha.. Kami punya motto pulak 'Follow the flow'..

Terjaga dari tidur bila bas berhenti out of nowhere. Berhenti untuk toilet. Tengok jam pukul 01.25 pagi. Hurmm.. Jauh lagi ni. Mata dipejamkan dan tidur...

**********************************

Around 04.20 pagi kami sampai di Pnomp Penh, Cambodia. Pemandu bas suruh turun bas untuk tukar bas yang lain untuk menuju ke Ho Chi Min City. Oh, Shoot!!! Tak pasti lah masa kat kaunter beli tiket tu ada tanya ke tak tentang 'direct bus'.. hahaha.. Tak apa 'clear mind' it's an experience! Tunggu punya tunggu sampai kul5.00 pagi (Selamat tempat tu ada wifi.. hahahaha), kami dibawa naik van ke office bas yang akan bawa kami ke HCMC. Kami bergerak dari Pnomp Penh ke HCMC pada pukul 05.51 pagi.


Maps dari Phnom Penh ke Moc Bai (sempadan ke Vietnam)

Cross border Cambodia (Bavet) - Vietnam (Moc Bai)
Kami sampai di Border pada 10.15 pagi. Untuk cop keluar Cambodia, pembantu driver yang buatkan. Kami duduk je dalam bas disuruh turun dan berjalan kaki melalui pintu sempadan (macam ala-ala buat syarat je).. Bila sampai di Moc Bai, kami diarahkan untuk bawa sekali beg-beg besar untuk di 'scan' manakala pasport masih lagi ditangan pembantu driver untuk dicop sekali gus. Imigresen di sini tak sesak macam di Thai border hari tu. Jadi, scanning bag smooth je. Setel cop and scan, terus naik bas dan sambung perjalanan ke Ho Chi Min City!


Maps dari Moc Bai ke HCMC

HO CHI MIN CITY
Akhirnya kami sampai di Ho Chi Min City pada pukul1.00 petang. Bukan main lama lagi perjalanan kami. Daripada malam sampai ke pagi sampai ke tengahari baru sampai wei. Kalau ikut maps sekejap je patutnya. Tapi, apa kan daya.. hahahaha... Anyway, pengalaman naik bas ni berbeza dengan pengalaman naik bas Bangkok-Siem Reap. Masa naik bas from Bangkok tu rasa macam pembantu bas tu sangat amek kesempatan kat tourist dengan pelbagai bayaran tambahan untuk 'memudahkan' urusan katanya. Tp, trip bas ke HCMC ni tak ada la pulak. Mamat Columbia yang tak ada visa nak masuk Vietnam pun dia tolong siap bawak naik motor lagi tak tau ke mana. So, macam lebih dipercayai.


Penuh dengan motor



Ni masa merayau-rayau cari taxi nak ke hotel


Bandaraya HCMC

Hujan renyai bila kami sampai di HCMC. So, tak ada la panas sangat. Angkat backpack terus menapak ikut segerombolan foreigner yang lain untuk ke mana-mana. Tapi, yang pasti ke hotel yang dah ditempah. Nampak taxi dan tanya.


Haaa.. Pemandu taxi kemain smart siap ber-tie. Aku lupa dah nama dia, padahal dalam taxi kemain nak menyebut nama dia dengan betul sbg permulaan perbualan. Tapi, dia tak pandai English sgt uolllsss..

Sampai di Hotel Melody (jauh jugak) sbb amek yang berdekatan dengan airport katanya senang esok nak balik. hahahaha.. Masa nak check in tu receptionist cakap 'no electricity'.. Amek masa jugak dia nak pahamkan kat kami. Siap suruh dia tulis lagi. hihihihi.. Kena tunggu sejam katanya. Choiiiii...


Hotel Melody yang terletak berapa meter je dengan Airport


Ni suasana dalam bilik. Tilam dia nipis dan no hot water. Pepagi mandi kesejukan. hahahaha...

Rehatkan diri dan main internet, tengok-tengok kat mana nak pergi. Kami decide untuk pergi ke Ben Tanh Market (sebab kat sini banyak kedai makan halal) dan dikenali sebagai Malaysian town. Terus jalan kaki ke jalan besar untuk tahan taxi.



Sepanjang perjalanan kami dari hotel ke Ben Tanh Market. Motorcycle here and there.

Ben Tanh Market

Perghhhh... Trafik kemain sibuk gila dan penuh dengan motor. Hon sana sini sampai aku pun naik cuak bila motor sesuka hati je jalan ikut dia. hahaha.. Anyway, kami sampai ke Ben Tanh Market dan terus ke pasarnya. Dah nampak dah kesibukan pasar dia. huhuhu.. Muka-muka Malaysia pun dah banyak. Kami terus menuju ke Kedai Makan. Kami pilih Usman Kariem Muslim Restaurant 1 Malaysia. Kemain die punya tagline tau.


Mencari-cari wifi yang disediakan dalam restoran sesambil menunggu pesanan.


Taraaa.. nasi jugak yang dicari.

Selepas makan, apa lagi... Shopping!!!!!!!! Masa makan tadi dah ternampak sign board jual tudung Neelofar dan telekong yang murah. Teruss ke kedai tu dulu. 


Kedai tepi kaki lima. Beg Deuter Vietnam uollss.. Murah! Kat sebelah Kedai Makan Basiiroh je.


Haa.. tak ada dalam plan pun nak beli beg hokay!!! hihihi


Akhirnya.. memasing tambah satu lagi beg. hahahaha...


Ni nak cari baju untuk kerabat.

Ben Tanh Market ni ada 2 kawasan membeli belah. Satu di dalam yg sgt Heaven byk kedai, satu lagi di kaki-kaki lima yang dah siap-siap ada signboard FIX PRICE! Yang dekat dalam tu, dalam kul7-8 dah sibuk-sibuk untuk tutup kedai. Yang kat luar masih buka lagi. Tapi, no bargain at all. Bila dah kul8 tu berpusu-pusu dorang bukak kedai kat tepi-tepi jalan tu macam Night Market dan harga dia jauh lebih murah setelah gaduh-gaduh. hahahahaha...


Kesibukan di Ben Tanh Market

Anyway, jika anda tak terasa nak beli, tak payah tanya-tanya kat kedai tu. Kalau nak beli dgn harga yang anda rasa puas hati, please stick with the price and FIRM! harga kekadang blh turun sampai 50% - 70% daripada harga asal. Tapi, kalau anda beriya suh turunkan harga, then anda tak beli di akhirnya, peniaga akan menjadi SUPER SAIYA! hahaha... Kalau anda 1st customer lagi blh kaw-kaw suh turun kan harga. 'HAPPY PRICE MA, YOU HAPPY, I HAPPY'.. hahahahhaa...


Antara hasil tangkapan di Ben Tanh Market


Hasil tangkapan souvenir sepanjang Trip 3 Negara. hahaha... "Backpackers" sangat macam ni.. huhuhuhu..

Sekian hari ke-6

Total cost for day 6:
Melody Hotel RM96.00 (Aku bayar RM48.00)
Taxi to Melody Hotel 120,000VND (RM23.60/2 = RM11.80)
Taxi to Ben Tanh 130,000VND (RM25.60/2 = RM12.80)
Taxi from Ben Tanh - Hotel 111,000VND (RM21.80/2 = RM10.90)
Dinner at Usman Kariem 790,000VND (RM155.40/2 = RM77.70)
Souvenir 199,000VND + 8 Sing Dollar + RM45.00 + 12,000VND (RM86.55)

= RM247.75

ShukStarz: untuk tips sesape nak pergi Vietnam, uollss patut pergi ambil hotel berdekatan Ben Tanh Market. Senang untuk uoollls membeli belah nanti. Kami pergi ke Ben Tanh Market sahaja memandangkan Next February kami akan datang kembali ke sini. hehehehe...

No comments: