"Mengembara bermaksud pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah"
5th day (11.12.2016): Siem Reap
Siem Reap, Here I come again! Macam tak percaya aku jejak kaki lagi ke Bandar Pelancongan ni lagi buat kali kedua. Tapi kali ni singgah sehari je untuk meneruskan perjalanan ke tempat lain. Bandar yang penuh dengan pelancong semata-mata untuk melihat keunikan Angkor Watt dan kuil sekitarnya.
Oh lupa! Semalam sebenarnya ada suruh Nas mintak receptionist call Savut (Tuk tuk driver yang bawak kami tour Angkor Temple masa aku pergi Siem Reap tahun 2013). Aku dapatkan balik nombor phone dia dengan Mazuin. hehehe.. Tapi, dia busy pulak hari ni. Then, hotel nak tlg carikan tuk tuk yang "can speak English fluently". Pukul10 ya!! Ok!
********************************
Seperti biasa pagi-pagi lagi dah bangun menyiapkan diri untuk aktiviti-aktiviti hari ni. Apa yang kami rancang dah tentu untuk pergi ke Angkor Watt. Kata Nas dia nak tengok dengan mata kepala sendiri sama tak macam dalam buku teks. Choiiii... Sebenarnya aku nak pergi Tasik Tonle Sap, tapi bila baca review pasal boat ride kat tasik tu daripada orang lain, banyak bad daripada good. CANCLE!
Ni la bilik kat Rimong Boutique and Spa Hotel. Luas, ada balkoni dan juga bath tab. ditambah pula dengan peti sejuk. Overall it's worth!
Kami turun hotel pada pukul10 pagi. Tuk tuk dah tunggu. The name of rider is Som Oun. Then beritahu plan kami seterusnya. Pergi beli tiket bas untuk ke HCMC, makan dan Angkor Watt serta Night Market. Itu je plan kami di sini. hihihihi..
Fefelink mencari-cari tempat ala-ala Amazing Race
Sam Oun bawak kami pusing-pusing. Dia ni tak banyak cakap sbb tak berapa mahir Bahasa Inggeris pun. Tapi, tak apa. Ikut je apa yg kami suruh ya!! hahahaha
Setel beli tiket untuk ke HCMC. Plan asal nak amek Mekong Express atau Giant Ibis sebab 2 company bus ni dapat review yang baik. Tapi end up beli Olympic Express. Kami amek sleeper bus. hahahaha.. Nak rasa katanya. Walaupun macam-macam review baca kat internet. Ada aku kesah? Olympic Express ni murah sikit daripada yang lain. Harap-harap service ok. huhuhuhu...
D' Wau Restaurant
Kami teruskan jalan-jalan di Siem Reap ke tempat makan. Lapor beb.. Lapor nasi sebenarnya. Memang dah surf dulu tempat makan yang halal. Ada perkampungan muslim dekat Siem Reap ni. Kami pilih D'Wau Muslim Restaurant dan mencuba makanan Cambodia yang famous iaitu Amok. Macam masak lemak gitu. Sedap tapi muak skit, sebab santan nya sangat pekat dipadankan dengan ikan siakap.
Haaa... bila time makan mesti tak hengat dunia. Macam 5 hari tak makan. hahahaha..
Angkor Watt
Habis makan, terus tanpa melengahkan masa ke Angkor Watt. Tapi sebelum tu beli dulu tiket nak tour Angkor. dah berubah ya dia punya kaunter. Lagi meletop daripada dulu. Dulu macam kaunter tiket nak masuk zoo je. hahahhaa... Dia ada 2 jenis tiket. Satu small tour tiket, satu lagi Big tour tiket. Siap kena amek gambor lagi untuk tiket tu. Ala-ala pass masuk la.
Ni la tempat kaunter beli tiket yang baru tu. Lebih besar dan selesa
Ni kat luarnya. Bangunan kat belakang tu Muzium kot. Tak pasti.
Dah siap beli tiket. Here we go Angkor Tour!!! Kami cakap kat Sam Oun nak pergi 3 temple je. hahaha... Malas dan penat nak berjalan sebenarnya. Jadi kami pilih Angkor Watt, Bayon Temple dan Ta Promph Temple (yang lebih dikenali sebagai Tomb Raider).
Ni antara gambar-gambar kami di Angkor Watt. Ada banyak lagi, boleh tgk kat Fb saya.
Daripada pemerhatian di Angkor Watt, dah banyak perubahan di sini dari 2013 yang lepas. Sekarang dah ada tempat parking yang luas, tempat perniagaan yang luas dan lebih tersusun. Cuma oh please get away the dust! Ramai gila pelancong datang kat sini. Masa kami nak keluar daripada Angkor Watt pun nampak ramai lagi berjalan masuk. Tak kira la daripada kanak-kanak sampai yang tua-tua bertongkat pun ada. Kalau ikut apa yang aku terpandang, pelancong Jepun paling ramai. hahahaha..
P/s: Jangan beli buku Angkor Watt yang dijual kat pintu masuk tu, kata 1USD tapi MENIPU. hahahaha...
Setelah berpanas menjelajah Angkor Watt, jom pekena air kelapa fresh yang sejuk. Kelapa tu sebiji-sebiji dia sejukkan dalam tong air batu uollsss... hahahaha..
Bayon Temple
Next, kami pergi Bayon Temple dan Elephant Terrace. Malas nak bergambar sangat kat temple temple tu sebab dah penat kat Angkor Watt. hahahha..
Antara gambar-gambar di Bayon dan Elephant Terrace.
Dengan pantasnya kami bergerak melalui Bayon dan Elephant Terrace sebab nak pergi ke satu lagi temple yang famous sebab Tomb Raider pernah buat penggambaran kat situ dan temple dia unik dengan banyak pokok-pokok yang besar.
Taraaaa... So, korg boleh scroll dengan cepat.. Sebab tak payah baca caption.. hahahaha
Ta Promph Temple
Masa kami datang ni, Ta Promph ni macam dah terlalu uzur. Macam ada runtuhan di tepi-tepi temple dan akar-akar pokok yang terlalu besar tu kena disokong dengan besi-besi. Mungkin preservation sedang dijalankan kot. Setiap laluan di dalam temple juga diletak kan dengan laluan berkayu.
Night Market
Walaupun waktu belum malam lagi dan Night Market sebenarnya bukak pukul6, kami paksa jugak si Sam Oun pergi Night Market. Sampai je kat situ ada la beberapa kedai yang dah bukak. So, masa untuk shopping dan bergaduh!!!! hahahahaha... Tak sempat nak snap, sebab banyak bergaduh nak dapat harga yang sepatutnya.. hahahaha
P/s: gaduh la sampai uollsss dapat harga yang uolllsss nak dan puas hati.. hihihihi... Jangan bertumbuk sudah..
The Unexpected Journey
Kami balik ke Hotel Rimong tu balik sebab pemilik dia bagi kami mandi dan siap-siapkan diri di sana tanpa caj tambahan. Baik gila seriously! Sebenarnya beg-beg yang besar tu pun kami tinggalkan kat bilik (Macam orang belum check out lagi).. hahahaha.. Tq pemilik!!! Setel je semua terus Sam Oun hantar kami ke tempat menunggu bas. Sesambil nak menunggu tu pergi la groceries berdekatan. Selamat banyak barang-barang halal kat situ. Halal Malaysia ok. Nak menunggu bas sampai, lama lagi, tapi kena tunggu jugak takut ketinggalan. Huishhh dapat wifi kat tempat tu. Terus mengadap handphone.
Leka beb bila ada wifi. Sama je rasa macam dapat nasi. hahahaha...
Sempat juga berborak dengan Mamat Netherland (Jacob) dan dia teruja dengan trip kami. hehehe..
Taraaaa ini lah rupa dia Sleeper Bus ke HCMC
Sleeper Bus
Walaupun review yang kami dapat daripada Mr. Google sgt teruk tentang perkhidmatan ni, tapi bila merasainya sendiri, tak ada la seteruk yg diperkatakan. Ok je. Memandangkan ko dah penat, jadi baring dan tidur jelaa gamaknya. Dia berhenti ke apa ke, aku dah tak kisah!!! hahahaha..Sekian hari ke-5
Total cost for day 5:
Tuk tuk round for 1 day 15USD (RM67.50/2 = RM33.75)
Small Angkor Tour for 1 day 20USD (RM90.00)
D' Wau Restaurant 24USD (RM108.00/2 = RM54.00)
Coconut Fresh 4USD (RM18.00)
Olympic Express to HCMC 20USD (RM90.00)
Small Angkor Tour for 1 day 20USD (RM90.00)
D' Wau Restaurant 24USD (RM108.00/2 = RM54.00)
Coconut Fresh 4USD (RM18.00)
Olympic Express to HCMC 20USD (RM90.00)
Souvenir 32USD (RM144.00)
= RM429.75
No comments:
Post a Comment