"Mengembara ini adalah satu peluang untuk melihat sejauh mana fizikal dan mental kamu dapat bertahan di luar zon selesa dan di tempat asing"
4th day (10.12.2016): Bangkok - Siem Reap
Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 pengembaraan kami. At One Inn Hotel, Bangkok ni selesa jugak, sorry terlupa nak ambil gambar kat dalam bilik dia. Cuma kedudukan dia agak terselit di celah-celah bangunan. Hahahaha.. Anda boleh lihat sendiri keadaan hotelnya di AGODA
******************************
Pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk kembali ke Stesen Keretapi Hualamphong untuk menunggu Direct Bus yang telah ditempah semalam. Nama bas tu Sawasdee Angkor. Mengikut Syarikat Tourist tu suruh tunggu di Black Canyon Cafe yang terletak di tingkat satu Stesen Keretapi. Sampai je dekat situ, mereput lah menunggu bas yang dijadualkan tiba 9.30 am. Semasa menunggu tu, ada la majlis memperingati Kemangkatan Raja Thai kat centre Stesen. Betapa mereka sayangkan raja mereka, sehingga aku sendiri tengok ada yang mengesat air mata.
Bersidai kat sini dari kul9.00 pagi. Tak ada la lama sangat
Macam biasa lah kalau dah tak ada kerja. SNAP SNAP SNAP!
Sawasdee Angkor
Akhirnya sampai jugak Bas yang ditunggu-tunggu dalam kul10.00 camtu. Bas double decker, kami diarah untuk ke tingkat atas. Rasa macam kami 2 orang je Orang Malaysia. Yang lelain tu England, Portugal, China, Britain dan lain lain lagi. Maybe dorg ni nak lari daripada kesejukan negara mereka dan merantau ke negara orang (musim sejuk kan?).
Sepanjang perjalanan, ada la movie yang ditayangkan. So, tengok jela movie tu. Pastu tidur. Makan oat, jajan yang dibawa. Kalau ikut Mr. Google, perjalanan dari Bangkok-Aranyaprathet mengambil masa 3 jam 30 minit, sejauh 251KM. Macam perjalanan Segamat - JB je kot.
Peta dari Google Maps. Google Maps berguna beb untuk mengetahui ko kat mana sekarang. hahaha
Pemandangan dari dalam bas
Pemandangan dari dalam bas
Pemandangan dari dalam bas. Ada satu bangunan tu unik. tp tak sempat nak capture. huhuhu
Halal Food
Hurmm.. hampir 4 jam kami menaiki bas, tapi tempat yang dituju belum lagi sampai. Mana tak nya, tadi ada berhenti kat satu perhentian untuk lunch katanya. Haaa... yang ni best nak cerita sebab kitorg memang dah agak restoran kat situ semua tak halal, jadi pergi la kedai Groceries konon nak cari roti dan apa-apa yang halal. Belek punya belek punya belek.. hahahaha.. Sandwich with pork, pork, pork and pork.. hahahahha.. roti pun non-halal. Last last end up beli Nescafe je sebab ada tanda halal kat situ. Keluarkan roti yang dibawa dari Butterworth dan makan. Pastu ternampak kedai buah, jadi beli la buah untuk dimakan di dalam bas.
Bergambar dengan Bas Sawasdee Angkor yang katanya ada wifi. Tapi, tak dapat connect pun. Cesss
Pengalaman Cross Border
Ok. Dipendekkan cerita, kami sampai ke Aranyaprathet dan Pembantu bas berilah sedikit taklimat untuk kami cross border ke Poipet (Cambodia). Oleh kerana kami dari Negara ASEAN, jadi tak payah buat Visa bagai untuk masuk ke Cambodia. Tapi, bagi mat saleh tu, diorg dijanji kan macam-macam oleh pembantu bas untuk buat visa sampaikan dorg dicaj 40USD sebab katanya dibuat oleh company dorg dan dalam masa 30 minit dah siap. Ok!
Macam biasa kena turun daripada bas dan ke kaunter imigresen Thai, dapatkan cop dan serahkan departure form. Melalui barisan yang panjang sebab kaunter hanya ada 3 manakala orang tempatan dan foreigner sekali arung beratur. Kalau kat Malaysia dah lama kena viral ni agaknya. hahahaha...
Kami berjalan menyeberangi sempadan Thai-Cambodia
Dah sampai ke bahagian Cambodia, kami terus dapatkan pembantu bas tadi dan menunggu yang lain. hahahaha.. Macam pergi melancong dengan travel agency pun ada. Kami bayar 200 Bath seorang untuk pembantu bas tu pergi cop kan pasport untuk masuk Cambodia. Beg pun tak payah nak kena usung ke Imigresen Cambodia. Ko rasa??? sebab nak duduk dalam bas je malas nak menunggu dan beratur lagi. hahaha.. So, kesimpulannya, Imigresen Cambodia sgt mudah nak lepas. Tak payah tunjuk muka pun takpe. hihihihi...
Ok setel kat sempadan. Pengalaman berharga.
***************************************
So, akhirnya setel di Imigresen dan bas terus menuju ke Siem Reap yang kalau ikut Google Maps mengambil masa 2 jam lebih lagi nak sampai.
Google Maps Aranyaprathet ke Siem Reap
Sepanjang perjalanan ke Siem Reap, dari segi pemanduan mmg tabik kat pemandu bas sebab, dekat Thai pemandu belah kanan sama macam Malaysia, tapi tiba di Cambodia, pemandu sepatutnya di belah kiri. hahahaha.. Pemanduan di Cambodia pun sangat sabar dan tak rushing. Yang terkejutnya bila nak memotong, selamba je bas ni potong walaupun dia nampak dah kereta kat depan yang bertentangan. Malah kereta tu pulak boleh memperlahankan kenderaan dan ada yang berhenti di tepi jalan. Wowowww!!! VIP tengah lalu ke apa??? hahahaha... AND THE MOST IMPORTANT THING tak ada dengar jeritan pekikan dan makian daripada mereka. hahahahha... WOW!!! hon pulak bukan digunakan untuk SOUND orang, tapi digunakan untuk memberitahu kenderaan-kenderaan di laluan yang bas ni ada di bahagian blind spot kenderaan mereka.
Siem Reap
Akhirnya lebih kurang pukul8.00 malam sampai di Siem Reap. Kat Siem Reap ni tak tau la ada Stesen Bas ke tak. Bas stop je kat out of nowhere. Tapi, ditengah-tengah bandar la. Dekat area banyak tuk tuk dan aku ternampak hotel yang aku pernah duduk masa trip to Siem Reap 2013. Ok. Tak banyak perubahan. Ambil tuk tuk dan terus menuju ke hotel yang dah ditempah melalui Agoda. Rimong Boutique and Spa.
Naik tuk tuk menuju ke Hotel
Sampai je Hotel kami disambut oleh hotel dengan segelas jus oren dan sapu tangan basah tanda selamat datang. Nice! Kalau ikut plan dalam planner, esok pagi dah kena pergi Ho Chi Min City. huhuhu... Tapi kami berbincang untuk stay sehari di Siem Reap untuk melawati Angkor Watt dan beli Souvenir dan pagi keesokannya baru bergerak ke HCMC. Tapi plan berubah hahahaha... kami nak bergerak pada malam esok jugak. So, scroll la pasal travel at night in Cambodia. Macam-macam ye.. Travel to hell la, Rolling Coffin la, It's a nightmare la.. huhuhu.. Kecut perut..
Sekian hari keempat
Total cost for day 4:
Buah-buahan 60 Bath (RM7.50/2 = RM3.75)
3 Nescafe 150 Bath (RM18.75/2 = RM9.40)
Upah cop 200 Bath (RM25.00)
3 Nescafe 150 Bath (RM18.75/2 = RM9.40)
Upah cop 200 Bath (RM25.00)
Tuk Tuk 5USD sepatutnya 3USD je.. Tp, bagi jela tips (RM22.50/2 = RM11.25)
Rimong Boutique and Spa 16USD (RM72.00/2 = RM36.00)
= RM85.35
ShukStarz: 3 movie ditayangkan sepanjang perjalanan dari Bangkok-Siem Reap. hahaha..
No comments:
Post a Comment