“To travel is to discover that everyone is wrong about other countries.”
3rd day (9.12.2016): Bangkok
Tidur dalam Sleeper train ni not bad sebab ada langsir kat katil tu bila tutup je, you've your own privacy place. Rasa macam dah lama tidur sebenarnya, tp bila tengok jam kat handphone, 01.25 am????? What???? Bila difikir-fikir balik dan tengok jam tangan, Ohhhh.. Masa di Thailand lambat sejam.. Ok, pandang luar, gelap gelita.. Nampak cahaya lampu keretapi je.. Tutup balik langsir dan tidur...
********************************
7.00 pagi dah bangun. Lapar.. Train masih bergerak macam biasa. Tak tau kat mana, tgk Handphone, Internet dah tak ada. Nak roaming, arghhh banyak kerja. Then, nampak Nas pun dah merayau-rayau dalam Train. Actually, Train ni tak ada kantin. Jadi, tak ada tempat nak lepak. Keluarkan go pro then, SNAP SNAP SNAP!!!!
Haaa.. ni acah-acah tgh scroll Fb.. hehehe.. Padahal tgh wifi dengan go pro
Yg ni konon trademark dia.. Tak habis-habis..
Kikiki.. datang si pemusnah trademark..
Yang ni sbg menghargai isteri Nas yg suh bawak tupperware..
Macam huru-hara sikit dalam tren ni, tapi bila dah tutup langsir biru tu, you've your own space
Yang ni snap tak menjadi. konon-konon nak amek gambor semasa berjalan. Cahaya putih atas tu spoil
Suasana luar tingkap. Paddy field. Lagi luas daripada Perlis kot.
Setelah duduk, bangun, duduk, bangun, borak-borak, amek gambar macam the endless journey.. Finalleyyyyy!!!! Setelah 16 jam perjalanan, Sampai juga di Hualamphong Railway Station pada pukul11.00 am (Waktu Thai)
Kami turun keretapi dan kena berjalan lebih 500m untuk sampai ke Stesen nya.
Gambar dengan kepala keretapi
Ni la dia Hualamphong Railway Station.
Ni pun sama. Different pose.
Misi kami adalah mencari Hotel Penginapan (At One Inn) yang telah siap-siap ditempah melalu Agoda. Kalau ikut Agoda, hotel tu 0.3KM daripada Stesen ni. Nas pun tanyalah kat kaunter beli tiket tren. Susah jugak kat stesen ni tak ada Tourist Information Counter. Selamat penjual tiket ok je, dan bagi direction yang betul. Suruh masuk terowong ke Stesen MRT dan ambil lorong 4. Bila nak masuk ke Stesen MRT tu kena scan ye, mungkin sbb kejadian bom dulu tu kot.
Dalam terowong ke MRT. Macam kat Stesen Masjid Jamek, KL
Haaa... Kena lintas kau ke seberang. Hati kena kering ye
Akhirnya, setelah tanya org Thailand (macam ckp ayam dan itik), kekadang buat-buat faham je. Sampai juga akhirnya ke tempat penginapan
Kami amek masa untuk rehat, mandi dan main internet. Perkhidmatan wifi superb sbb Fibre. Rancangan kat tv semua Bahasa Thai dan kebanyakan berkenaan Kemangkatan Raja Thai. Plan siap-siap nak pergi mana petang ni. Kalau ikut plan, kami kena naik Tren ke Aranyaprathet (Thai border) untuk esok, tapi bila fikir 5 6 kali, dengan nak naik tuk tuk kat Aranyaprathet ke border dan cari pengangkutan lain untuk terus ke Siem Reap, terusss kami ambil keputusan untuk cari Direct Bus je. Mana nak cari???
Plan kat hotel nak cari tiket kat Chatuchak Bus Station. Tapi, bila tahan dua tiga taxi dan diberitahu dengan harga yang mahal, terus konon2 naik Tuk Tuk.
Pemandu tuk tuk ni kiranya membantu jugak la. Dia yang suruh kami beli tiket dekat Tourist Information
TUK TUK
Bila dah setel beli tiket ke Siem Reap, kami dibawa oleh tuk tuk driver ni ke kedai blazer, katanya dia bawak kitorg ke situ, then dia akan dapat cop untuk isi gas. Ikut jela!! Win win situation.. tapi tak suka tempat tu dan rasa macam membazir masa. hahaha.. Terus ke tempat seterusnya yang konon nya ada boat ride lalu Sungai Chaopraya. Harga nak tau?? 2000 Bath untuk 2 orang, kami nak join tourist yang lain, dia tak bagi katanya Private Boat. Terus CANCEL! Mahal kot round2 dalam sejam setengah dengan harga RM100/person. River tour kat Singapore pun baru 15 singdollar ok.
MRT
Kami suh tuk tuk ni bawa ke Stesen MRT untuk lagi senang kami bergerak dan harga pun tetap! tak ada mark up.. So, bila dah ke Stesen MRT tu barulah rasa macam panjang langkah sikit. hahahaha.. Tanya kat kaunter where we should go.. hahahaha.. She told us to go to Sukhumvit.
Sukhumvit Station here we go!
Kami nak menuju ke Terminal 21
Nak cross jalan untuk ke Terminal 21. Kena hati kering
Sebenarnya Terminal 21 ni dia punya kelainan tu macam setiap tingkat akan mewakili negara-negara berbeza dan punyalah susah halal food kat sini. Macam tak ada je. Tanya kat food court punya counter pun die blur apa itu Halal Food.
Ni pemandangan dari atasTerminal 21. Malas nak capture San Francisco la apa la. Sebab dah lapar. Hahaha
Pemandangan dari jejantas
Laluan LRT kat atas tu
Amek gambar kat sini pulak. Sesambil mencari kat mana nak makan
Setelah Nas roaming untuk dapatkan data, dapat lah cari beberapa Restoran Halal. Kami pilih Usman Muslim Halal Food Restaurant.
Haaa... Kena cuba tomyam Thai yer.. Perghhhh die punya kawwww.. Udang kemain meriah. Kerabu mangga pun terbaik dan yang penting kedai ni ada wifi.. hehehe
Then, after makan kami berjalan balik ke Sukhumvit MRT Station, sesambil singgah kat kedai Souvenir untuk beli cenderahati.
Jalan-jalan melihat kesibukan Bandar Bangkok
Sukhumvit MRT Station
Dalam MRT ke Hualamphong MRT Station
Sesampai je di Stesen Hualamphong, kami terus menuju ke Hotel untuk berehat dan packing barang untuk perjalanan jauhhhh esok.
Sekian hari ketiga.
Total cost for day 3:
At One Inn Hotel 900 Bath (RM114, saya bayar RM57.00 je)
Tuk Tuk 50 Bath (RM6.25/2 = RM3.20)
Bus Ticket from Bangkok - Siem Reap 42USD (RM189.00)
MRT Hualamphong - Sukhumvit (56 bath return for 1 person) RM7.00
Makan kat Usman Muslim Halal Food 750 Bath (RM93.75/2 = RM46.90)
Souvenir Thai 620 Bath (RM77.50)
Razor Blade at 7E 25 Bath (RM3.12)
= RM383.72
No comments:
Post a Comment