Thursday, December 15, 2016

"Backpackers" ke Bangkok, Siem Reap dan Ho Chi Min City (8.12.2016) DAY 2

"Islam sejak awal pengajarannya menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan. Allah menegaskan manusia supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi"


2nd day (8.12.2016): Butterwroth - Padang Besar - Thailand
Seawal 8.00 pagi dah bangun wei.. Nampak tak dia punya excited?? Perut terus berbunyi sebab malam tadi malas nak pergi makan. Jadi kami decide untuk makan kat gerai mamak berhampiran, kat situ pun ada 7E dan Maybank. Boleh la beli-beli roti ke, jajan2 sebagai bekalan dalam tren katanya.


Jalan menuju River Inn


Ni la rupa dia River Inn Hotel. Deposit kena bayar RM30.00. Kami book trough Agoda

Kami siap-siap untuk terus ke Stesen Keretapi Butterworth untuk menaiki ETS ke Padang Besar pada pukul 1.23 petang. Tunggu punya tunggu, akhirnya ETS kami sampai tepat jam 1.35 petang. Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit (kalau ikut dalam tiket la). Sampai di Stesen Keretapi Padang Besar pada pukul3.30 petang dan terus kami pergi ke kaunter tiket keretapi Thailand untuk bertanyakan tentang status perjalanan keretapi.

Beli online je uollss.. tapi kena tambah RM2.00 ler.




Bila dah dekat Utara ni, pemandangan kat luar tu padi memanjang. Saujana mata memandang uollss.. Luas terbentang. Cantik ni kalau buat photoshot.

Sambung dari perenggan sebelumnya,
Bukan apa, 2 hari sebelum tu dah terbaca banjir di Selatan Thailand dan biasanya kalau banjir di Thailand, perkhidmatan keretapi turut terjejas. Tp, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Siap ada satu famili Cina ni beli tiket 'walk in' lagi. hahahaha.. Kitorg ni pulak beli dah lama, kawan si Nas tu belikan memandangkan online booking macam haremmmm.. hahaha..


Train no. 46 dari Padang Besar - Bangkok. Coach 12, seat no. 26. Kami amek lower bed sebab atas kalau amek upper bed, tak ada tingkap uollls..

Cross border from Malaysia to Thailand di sini mudah sbb tak crowded compare to border Malaysia-Singapore. Masa kami sampai tu ramai pelancong dah sampai dari Hatyai. Jadi, terpaksa tunggu sat. Tapi, ada la 2 3 orang dah mengendeng2 kat kami untuk beli Simcard Thailand dan jugak menukarkan duit. Nas amek peluang untuk tukar duit Bath yang lebih kecil. Senang nak berurus niaga nanti.


Isi 'departure form' uollss.. Macam masuk Singapore.
p/s: sila bawa pen ye.. tak ada pen disediakan pun. Tah2 pen dah hilang kat situ kot. cessss...

Tunggu la mereput kat Stesen Keretapi Padang Besar ni. Siap pergi makan apa semua selepas dah cop kat Imigresen Thailand. Dalam pukul5 lebih macam tu, Tren kami sampai. 1st impression macam OMG! nak naik tren ni sampai Bangkok??? hahahahaha...


Keretapi dia macam KTM ekspress. Tapi gerabak depan tu tak ada tingkap dan tempat duduk dia kayu??? hahahaha..


Taraa.. Ini lah dia 'Sleeper Train' of State Railway of Thailand (SRT)


Haa.. Ini bahagian dalam tren. Seat sorang satu.


Dalam kul8 ke atas, dia akan start untuk jadikan seat kepada katil. Rasa macam jakun sat. hahahaha.. 


Dan bila dah malam-malam macam ni. Nak tgk luar tingkap pun gelap je kan, perut pun berkeroncong, pekena la Meggi Cup. Boleh pergi beli hot water dengan Train Attendance dengan harga 20 Bath. Sedap tak terkata.

Total Cost for Day 2:
Breakfast RM6.00
Seven E RM20.00
ETS from Butterworth - Padang Besar RM29.00 (actual ticket price) + RM2.00 (online booking)
Lunch at Padang Besar RM8.00
Hot Water 20 Bath (RM2.80)
Sleeper Train from Pdg Besar - Bangkok 920 Bath (RM115.00)

= RM174.80

ShukStarz: Hari pertama dan ke-2 banyak naik kenderaan je. So, mmg tak ada la gambar pantai yang cantik, gunung-ganang dan apa-apa yang menarik. Tapi, ini cerita aku, So What???? hahahaha

No comments: