"Air kalau tidak bergerak lama-lama akan membusuk, sama macam manusia kalau tidak 'keluar' daripada zon 'selesa' akan mereput"
"Backpackers"
Rasa macam perghhh.. Tough ni.. Kena berhari-hari kat negara orang dan kena rasa berejam2 duk kat mana-mana je.. Silap-silap boleh jadi gelandangan di negara orang. hahahaha..
Anyway, at 1st dengar trip ni daripada Nas masa tu macam tak berapa teruja. Tapi, bila dia bagi sekali dengan planner untuk trip ni, aku macam wow! a lot of thing that he done already. Baca blog, tanya kawan2, survey2.. and that show he really serious with this trip. Macam-macam la fikir sebab dia cakap ni 1st time dia nak buat benda-benda macam ni. Habis tu aku???? hahahaha.. Dia pulak siap cakap kalau aku tak join tak apa, dia pergi sorg.. Perghhh confident mamat ni.. So, tanpa fikir lebih byk aku cakap je ON!
And you know what, kami tak cerita kat kengkawan pun pasal trip ni. Like seriously.. Selalu aku excited dgn benda2 ni dan canang kat group whatsapp geng2. Tapi kali ni Nas suh rileks2 je. hahahaha
*******************************
1st day (7.12.2016) : JB - Gemas - Butterworth
Tiket keretapi Nas daripada JB Sentral bergerak kul8.30 pagi dan sampai ke Gemas dalam kul1.00 camtu. Lambat sebab banyak berhenti-henti katanya dan aku suruh Sani hantar ke Stesen Keretapi Gemas dalam kul2.00 sampai macam tu. Then makan-makan jap, tepat jam 3.00 petang, ETS 9202 sampai terus menuju ke Butterworth. Kami sampai dalam kul9.30 malam.
Minum-minum jap kat Stesen Keretapi Gemas yang lama
Bergambar dgn kepala ETS
Suasana di dalam ETS. Kelajuan maksimum mencecah 140km/j (constant)
Minum milo panas (RM3.00). Sejuk wei kat coach ni.
Coach cafe. Sebelah coach ni, ada coach Musolla (boleh muat 2 orang je dalam satu-satu masa)
Sampai di Stesen Keretapi Butterworth pada pukul9.30 malam dan terus mencari Hotel yang telah ditempah awal iaitu River Inn Budget Hotel yang terletak kira-kira 0.5KM daripada Stesen Keretapi. Menapak la jawabnya dan tercari-cari kat mana hotel tu.. hahaha.. Sesampai je terus mandi dan tidur.
Total Cost for Day 1:
ETS from Gemas - Butterworth RM83.00 (actual price) + RM2.00 (online booking)
Hot Milo RM3.00
River Inn Hotel RM70/night (aku byr RM35.00 je).. Ni kos Triple Bed uolllss
= RM113.00
Sekian hari pertama.
ShukStarz: Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ETS boleh layari:
No comments:
Post a Comment