Sewaktu kami dalam perjalanan balik dari Vietnam ke Malaysia, di dalam penerbangan tersebut kami sibuk bercerita pengalaman merentas 3 negara ni. Tiba-tiba idea untuk membandingkan perkhidmatan 3 negara dari sudut pandang kami pun terkeluar. 3 terbaik ini jugak adalah hasil pendapat kami berdua, bukan aku sorang je tau.. Perbandingan ni dibuat dari sudut apa yang kami alami dan rasa sendiri. Kalau anda rasa ianya tak patut dan melampau, itu terpulang kepada daya pemikiran anda terletak pada kelas yang mana. Hahahaha..
***************************************
THE BEST TRANSPORTATION
1) ETS
2) Sleeper Train
3) Executive Bus (Sawasdee Angkor)
ETS, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Pemilihan ni bukan dianggap bias, tapi memang dah terbaik. Dengan kelajuan mencecah 140km/j dan ada coach cafe, musolla dan toilet yang selesa, kami pilih ETS berada ditempat pertama. Harga tiket juga sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan.
Kenapa kami tak pilih penerbangan Air Asia sebagai top3?? Kerana kami merasakan kerusi yang sempit tu macam tak selesa dan menjatuhkan ranking untuk top3 best transportation. hahahaha.. Kejam tak?
Antara pengangkutan lain yang kami naik masa menjelajah 3 negara ni adalah Sleeper Bus (Olympic Express), Thai Tuk Tuk, Siem Reap Tuk Tuk, Taxi HCM dan MRT
THE BEST HOTEL
1) Rimong Boutique and Spa Hotel, Siem Reap
2) Melody Hotel, HCM
3) At One Inn, Hualamphong
Rimong Boutique and Spa memang berbaloi. Walaupun jarak hotel dengan Bandar Siem Reap jauh sikit tetapi oleh kerana layanan dan perkhidmatan di sini baik, kami rasakan berbaloi kami letakkan nya di tangga pertama. Kami disambut dengan jus oren dan sapu tangan basah. Which hotel-hotel lain yang kami menginap, tak ada pun. Katil queen yang selesa, ruang bilik yang luas, ada balkoni, peti ais, heater, bath tab, wifi dan pemilik hotel yang sangat baik. Dengan harga serendah 16USD, pemilik hotel siap bagi kami letak beg besar kami dan mandi di bilik walaupun kami belum check out lagi selepas berjalan di Angkor Watt. Ok win!
Hotel lain yang kami jejak adalah River Inn Budget Hotel, Butterworth.
THE BEST ATTRACTION PLACE
1) Ben Tanh Market, HCM
2) Angkor Watt, Siem Reap
3) Ta Phromp Temple, Siem Reap
1) Ben Tanh Market, HCM
2) Angkor Watt, Siem Reap
3) Ta Phromp Temple, Siem Reap
Haahahha.. Nampak sangat kami gila shopping. Sebenarnya kami banyak shopping untuk souvenir ahli keluarga dan rakan-rakan. Jadi, bila kami dikaburi dengan harga-harga yang diluar dugaan, macam lupa sekejap status "backpacker". Pastu bila part tawar menawar yang paling tak boleh blah. hahaha.. Patutlah ramai peniaga dari Malaysia datang kat sini balik hari je. Untuk gambar-gambar yang mengujakan, memang Angkor Watt win, tp... nak jugak bagi Ben Tanh nombor 1. Sukati aku la!! hahahahaha...
Tempat lain yang kami pergi adalah Bayon Temple (Siem Reap), Terminal 21(Bangkok)
THE BEST IMMIGRATION BORDER CROSSING
1) Bavet (Cambodia) - Moc Bai (Vietnam)
2) Padang Besar (Malaysia) - Thailand
3) Aranyaphratet (Thailand) - Poipet (Cambodia)
Kenapa kami pilih Bavet-Moc Bai?? Sebab kat situ smooth je perjalanan melalui sempadan. Even kami kena buat sendiri cop-cop tu (tak macam kat Poipet yg blh suruh je pembantu pemandu bas tu pergi cop kan) dan bawak beg besar untuk di scan. Oleh kerana laluan keluar masuk tak sibuk dan tak ramai org macam kat Padang Besar dan Aranyaphratet, so Bavet - Moc Bai is the best. hahahaha.. And of course NO SCAM! Sorry no picture.. Photo cannot be taken at border.
THE BUZZIEST TOWN
1) Ho Chi Min City, Vietnam
2) Bangkok, Thailand
3) Siem Reap, Cambodia
Seminit tak dengar bunyi hon mmg tak sah kat bandar ni. Bandar ni banyak motorsikal. Tak kira la perempuan ke laki ke kalau dah naik motor tu dia main cilokkk ikut sukati. Hahaha.. Aku pulak yang seram. Lagi-lagi nak melintas jalan.. Hadoiiiii... Tapi yang salute nya, dalam kekalutan hon sana sini, macam ada pertandingan hon paling power, aku tak dengar pulak maki hamun carot segala kat dorang-dorang ni. Haaaa...
THE BEST RESTAURANT
1) Usman Muslim Food, Sukhumvit
2) D'wau Restaurant, Siem Reap
3) Musa Kariem Restaurant, HCM
Yess.. of course kami pilih tomyam gung Thailand sebagai "The best food of 3 countries". Mencari restaurant Usman Muslim food ni agak susah. Sebab dia macam terselit di lorong-lorong. Tapi dengan bantuan google maps kami berhasil untuk mendapatkan restoran ini. Dengan harga yang setimpal dengan makanan yang kami pesan, kami tanpa ragu-ragu meletakkan restoran ini ditempat pertama. Antara makanan lain yang kami cuba di sini adalah sotong tepung dan kerabu mangga. Walaupun kedengaran agak biasa dengan Malaysia, tapi percayalah.. Semuanya sedap-sedap belaka. Hahaha.. Keee.. Kitorg yang terlampau lapar ni???
Musa Kariem Restaurant pun not bad. Cuma Sup Seafood Vietnam tu tak menepati citarasa tekak aku yang sukakan sup. Bila aku belek, sup tu diletak dengan nenas??? Macam tak berapa serasi lak kalau ikut lidah aku. hahahaha.. Makanan kat Vietnam kemain mahal ye.. Bila di 'convert' ke duit Malaysia, jumlah makanan kami berharga RM130.00 ok. So, nak melancong ke Vietnam kena bawak siap-siap instant Nasi Beriyani Kambing from Brahim tu.. Mudah dan sedap.. hahahaha
ShukStarz: ini review dan perbandingan dekat tempat-tempat yang kami pergi je. Tak meliputi keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment