Friday, June 26, 2009

*Red Alert

Ok guys!! Sekarang ni heboh sana sini dengan berita mengenai Influenza A H1N1 ataupun selesema BABI.. Paling terkini Malaysia dah mencatatkan kenaikan 400% terhadap wabak ini dan lebih kurang 60 orang telah dijangkiti. 2 daripadanya adalah local transmission dan 2 buah sekolah dah ditutup! Ramai juga yg dah dikenakan perintah kuarantin rumah! Huyyoooo.. Bahaya ni.. yelah bayangkan.. dari 13 negara yg terkena wabak ini, ianya sekarang dah merebak kepada 99 negara.. huyyoooo!!!
1) APA ITU SELESEMA BABI? Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
2) APA SIMPTOM2 SELESEMA BABI? Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
3) ADA TAK CARA PENCEGAHAN? Mencegah lebih baik daripada mengubati.. apa yg aku tau: i) Kita harus kerap mencuci tangan dengan betul (i mean, dengan sabun la) untuk menghilangkan segala kuman dan bacteria yang melekat dekat tangan tu!! ii) Bila bersin tu, pandai2 la tutup mulut kan...hahaha iii) Elakkan berada di tempat yang menjadi tumpuan ramai.. iv) Pergilah hospital terdekat apabila simptom2 di atas ada pada anda v) Ikut garis panduan yg diberikan apabila anda dikenakan perintah kuarantin rumah.. vi) Paling penting jaga diri anda!
Shukstarz: hurmmm...dulu Virus JE, pastu Nipah, then Selesema Burung (H5N1)..pastu selesema babi (H1N1) pulak!! Thank you to Wikipedia.org...

No comments: