Wednesday, August 05, 2009

*Rabu

hurmmm..hari ni pergi sekolah cepat skit coz hari nak hujan!! tak pasal2 aku berhujan karang!
anyway, nothing much happen today!
cume just nak share ngan u all semua beberapa peristiwa yang aku rasa keselamatan guru terancam di sekolah ni..
Mmg semua sedia maklum, yang pada masa sekarang guru tidak dibenarkan sama sekali membuat body contact dgn student means memukul, merotan atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya..tetapi persoalannya di sini, sejauh mana disiplin pelajar apabila perkara-perkara ini tidak dibenarkan dilakukan oleh guru??
saya buka kes-kes yang berlaku di sekolah saya:
kes1
Seorang guru ditarik telinga oleh student nya (student peralihan).. saya sendiri tidak mengerti apakah tindakan yang dilakukan oleh student tersebut adalah dengan niat atau hendak bergurau..tp, feedback yang diterima daripada guru tersebut, mmg sakit budak tu tarik..sehinggakan guru tersebut terikut ke hadapan kelas dan mahu tercabut tudung beliau..hasilnya, merah telinga cikgu tu.. "malu akak shukor bila benda ni berlaku, bayangkan dekat depan sume student lain pulak tu"..saya tersenyum saje tanpa sebarang komen..
kejadian ni berlaku apabila guru tersebut membuat semakan kepada semua pelajar samada pelajar tersebut pandai membaca, sederhana pandai atau tidak pandai..pada masa yang sama pelajar lain tidak mahu mendengar apa yang guru tersebut suruh, dan memiat telinga kawan student itu..dan dengan tiba2, student tersebut pun memiat telinga cikgu sekuatnya! apakah tindakan disiplin yang dikenakan?? BUANG?? GANTUNG SEKOLAH??? saya tgk, budak tu still datang sekolah!!mcm xde apa berlaku!!
kes 2
student di dalam kelas yang sama telah menarik tali leher seorang guru lelaki Cina ketika menyuruh student itu membuat kerja! cikgu berbangsa Cina pun dia sanggup perlakukan sebegitu..macam mana dengan kami guru Melayu??apakah bentuk tindakan disiplin yang dikenakan?? GANTUNG SEKOLAH?? BUANG?? yg saya dgr, parent die xdpt dihubungi, so xblh nak buat apa..
sebenarnya begini..kami guru2 tahu yang semua rakyat Malaysia ada hak untuk mendapat pendidikan sempurna..anda bayangkanlah, jika begini keadaannya, mana mungkin guru-guru sanggup!! nak mengajar pun tak sanggup..apatah lagi nak mendidik!!
jadi di sini, saya lontarkan kepada anda-anda semua yang membaca post pada kali ini untuk memberikan pandangan dan pendapat tentang masalah disiplin di sekolah saya ini..
ShukStarz: sebenarnya banyak lagi kalau nak diceritakan..cukuplah dua kes yang melibatkan budak2 yang aku ajar..antara kes lain, calar kereta cikgu..siap ada yang buat game pangkah2 lagi..satu lagi, panjat kereta cikgu..pastu lompat2???cam pelik kan?? tapi, benar2 berlaku ye!!

4 comments:

Anonymous said...

perghh...kalo nk tnya pndpt aku....kalo cgu blh kena hntr mna2 skola...apsal dak2 skola yg nakal ni x kena hntr g skola lain...kt somalia ke...sudan ke...tmpt2 ngra yg brgolak...hehehe...x pun hntr je kt pndalamn....kasi ajr skit ttg khidupan...dh lama hdup snang...tu jd cmtu...

Shukstarz said...

kannn??
ak mcm nk cadangkan je kena ada seorg polis yg duduk kt sekolah ni..kirenye, kerja die mengawasi sekolah ni..ofis die kt bilik disiplin..

bukan la tetiap hari die kt sini..seminggu at least, 2 kali..
Isnin dan Rabu ke..hurmm~

Star-Piz said...

shukor mula gentar

juju juwairiah M said...

betulla shuk shuk..
jahat beno dak sekoloh ni.. ak paham sesangat perasaan ko.. huhuhuhu...