Keindahan bumi yang mempunyai
kepelbagaian isi alam. Tumbuhan menghijau, mendamaikan dan kicauan bunyi unggas
dan burung sangat menyenangkan pemikiran. Mereka menyanyi lagu riang dan menari
mengikut lagu tersebut. Tatkala isi rimba membisikkan kedamaian, datang
sekumpulan manusia yang rakus ingin meneroka alam bertujuan membuat kajian
mengenai kepupusan beberapa jenis tumbuhan. Tetapi mempunyai musihat tertentu
iaitu mengambil kekayaan hutan tersebut dengan menebang pokok yang beribu tahun
lamanya. Sedang kerakusan mengatasi akal pemikiran, Sang Alam Buana bangkis
mempertahankan harta pusaka mereka. Marah, Bengis, Dendam itulah karakter Sang
Alam Buana sehingga membuatkan manusia-manusia tersebut lari menyelamatkan
diri. Suasana sedih menyelubungi sekalian isi alam. Meratapi kemusnahan yang
berlaku hasil ketamakkan dan kerakusan mencari kekayaan. Rintihan dilakukan
oleh monolog sepohon pokok. Alam sekali lagi bertahan. Tapi untuk berapa tahun
lagi?
ShukStarz: just write a synopsis to give to English Panel for district level English Drama competition..
No comments:
Post a Comment