The Journey of A Thousand Miles Start with a Single Step
BERTUAH.. Perkataan pertama saya
dapat nyatakan sebab BERTUAH menjadi salah seorang tulang belakang PERTUBUHAN
ini.. Bermula dari Program Sejuta Impian lagi, saya tertarik dengan ISU yang
dibawa.. ‘STREET CHILDREN’.. Isu yang sangat asing bagi kita di sini.. Dalam
hati terdetik ‘masih ada lagi ke kanak-kanak seperti ini di Malaysia?’
YA! Populasi paling ramai sekali
adalah di Tawau dan Semporna..
PELUANG.. Saya berPELUANG untuk
bertemu dan membuat program berbentuk pendidikan dengan kanak-kanak ini.. tidak
mahu melepaskan peluang begitu sahaja, saya merancang sesi pembelajaran sebaik
mungkin bersama rakan-rakan guru yang lain..
Hari pertama: saya memulakan sesi
pada hari itu.. sesi pertama je saya dah mula mengeluh kerana PENAT..hahaha..
Mungkin kerana tidak cukup tidur dan berehat..
Tertanya-tanya bagaimana team yang lain menguruskan 15 sesi terus
menerus tanpa bantuan ramai Volunteers. Hahaha.. tp, bila saya lihat kepada
kesungguhan dan semangat kanak-kanak tersebut untuk belajar, hati terus
terdetik “Apa mereka akan jadi pada masa depan mereka jika keadaan ini
berterusan?”
YES!!! THESE SCENARIO HAS BEEN THERE FOR 50 YEARS..SO, WE NEED MAKE A
CHANGE!! NOW OR NEVER!!! –Mazuin dalam Sejuta Impian
Semangat terus membara untuk
meneruskan sesi sehingga tepat pukul 6 petang. Pada pengamatan saya, ramai yang
berbakat di situ. Oleh kerana saya diberi tugas untuk mengajar menari, saya
melihat ada beberapa org kanak-kanak yang memang boleh menari. Rasa macam nak
tarik je budak-budak tu kemudian ajar menari betul-betul sampai boleh buat
show..hahahahha… TUNGGULAHHH~ Inang, Zapin, Joget, Daling-daling semua aku
ajor…hahahha
Hari kedua: segalanya lebih
teratur.. dan kelas berlangsung seperti biasa.. kanak-kanak tersebut ketawa,
menjerit, menangis, berlari, menulis dan sebagainya membuatkan saya tak
habis-habis tersenyum. Inilah LANGKAH PERMULAAN MEREKA SEBELUM MELANGKAH
JAUHHHHHHH!!!! Terima Kasih K.I.D.S Malaysia!!!
ShukStarz: I love Semporna so much except for the sampah sarap.. =P
No comments:
Post a Comment