Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba..
ada dua sahaja benda dalam kepala otak aku apabila mendengar lagu ni.. SATU: Sukan Komanwel 1998 yang berlansung di Kuala Lumpur.. DUA: ketika menjadi Pembantu Mahasiswa di kolej kediaman keempat.. dan lagu ni mmg sangat-sangat membakar semangat saya untuk bekerja dengan lebih baik dari sebelumnya..
saya tidaklah sehebat yang digembar-gemburkan.. malah, kerja-kerja saya tidaklah juga sehebat mana.. banyak lagi kerja-kerja yang masih tertangguh dek kesibukan yang dibuat-buat...hahahaha... mungkin sesuatu kerja yang dibuat itu saya lakukan dengan bersungguh-sungguh orang nampak saya ni mantap! tapi sebenarnya, biasa je... seriously!!!
No comments:
Post a Comment