Kelab kesenian dan kebudayaan
Johor Jaya 2 telah ditubuhkan pada tahun 2009. Bermula tahun 2011, kelab ini
membuat penjenamaan semula dengan menggunakan nama Prasasti Seni JJ2 agar lebih
segar dan beridentiti.
Prasasti Seni bermaksud intipati
seni di mana kelab ini cuba mengetengahkan dan menyelitkan pelbagai unsur seni
di dalam setiap persembahan mereka samada dalam tradisional mahupun moden.
Kelainan dan kepelbagaian yang ditonjolkan menyemarakkan setiap persembahan
yang dilakukan sehingga mencapai satu standard yang tersendiri dan mampu
memukau mata penonton.
Antara persembahan yang telah
dilakukan oleh Kelab Prasasti Seni JJ2 adalah Persembahan 1 Malaysia di Majlis
Makan Malam Sekolah Dato’ Jaafar di Persada. Persembahan Dramatari ‘the
victory’ telah mendapat pujian ramai kerana berani membuat pembaharuan di dalam
persembahan tersebut. The Victory mengisahkan susah payah seseorang individu
mengecapi kejayaan, segala onak duri ditempuh dengan azam membara.
Tidak cukup hanya di situ.
Prasasti Seni JJ2 telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan membuat
persembahan berskala besar ketika Kejohanan Balapan dan Padang dengan
persembahan bertajuk The Birds. Mengambil insipirasi Filem Rio yang berwarna
warni dan meriah, Prasasti Seni telah menterjemahkanya dalam bentuk realiti.
Siapa kata sekolah kita tidak
hebat? Kelab ini juga telah membuktikan bahawa kita bukan jaguh kampung semata.
My School Rock 2011 anjuran Astro telah membuktikan segalanya. Walaupun Kelab
ini kecundang dan tidak dapat mewakili Johor ke peringkat seterusnya, tapi
mereka telah membuktikan yang kita mampu menggegarkan Johor dengan mendapat Anugerah
Kostum Terbaik, Anugerah Pasukan Sorak Sekolah Terbaik dan Tempat ketiga
keseluruhan. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Bukan setakat persembahan pentas
sahaja, Kelab ini telah menyahut cabaran dengan menyertai Pertandingan Video
Merdeka anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Produksi Cinta
Merdeka telah dihasilkan selama dua hari sahaja. Dengan semangat yang diberikan
daripada setiap ahli maka Cinta Merdeka telah siap dihantar mengikut tarikh
yang telah ditetapkan.
Justeru, Prasasti Seni JJ2 akan
terus gah dimata sekolah. Banyak program dan aktiviti dirancang bagi
mengukuhkan lagi platform kelab ini.
ShukStarz: “ANYBODY CAN BE A PERFORMER”
No comments:
Post a Comment