Tuesday, November 15, 2011

* Terima Kasih

Hanya beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan tahun 2011 akan melabuhkan tirai.. saya dengan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang banyak membantu dalam menjalani kerja seharian.. tanpa kalian siapalah saya..

Tapi, kadang-kadang saya terkilan.. terkilan dgn sikap pelajar zaman sekarang.. saya juga pernah melalui kehidupan seorang pelajar. di mana pada zaman saya dahulu kami pelajar-pelajar sgt berterima kasih kepada guru-guru yang mengajar kami.. tak kira la dia mengajar apa pun.. sehinggakan setiap bebanan guru kami ringankan dengan cara menolong seberapa mampu.. 

Contoh:
Hari sukan, kami yg gigeh mencari peserta perbarisan, acara balapan..siap buat jadual latihan utk para atlit.. klu hari guru, kami lah organizer-nya.. cikgu mmg WAJIB utk duduk dan merasa bangga.. majalah jgn ckplah..siang malam menaip walaupun dulu tak ada teknologi canggih.. 

Bukan nak tunjuk bagusnya saya pada zaman sekolah, apatah lagi riak dan bongkak.. dan saya juga bukanlah cemerlang mana di zaman sekolah.. tak cemerlang langsung.. tapi, mungkin disebabkan berkatnya ilmu dari seorang guru yang dihargai, ALHAMDULILLAH, segenggam ijazah telah saya dapat dan telah mendapat pekerjaan yang stabil.. Seriously talking!

Tapi, bila saya sendiri melihat bagaimana perilaku pelajar zaman sekarang baik sesama kaum atau berlainan sgt jauh berbeza.. mungkin disebabkan arus moden yg begitu pesat sehingga kami bukan dianggap 'guru' tapi lebih kepada manusia biasa yg membebel setiap hari dan patung bergerak.. sehingga satu ketika ucapan terima kasih yg dilontarkan ketika akhir kelas juga saya rasa macam hanya skrip yg dibaca tanpa perasaan.. apatah lagi ucapan terima kasih ketika restu ilmu.. seperti dibuat-buat.. Arghhhhh.. emosinya saya di sini!!! Tp, ada juga beberapa pelajar yg saya benar-benar nampak keikhlasan diwajahnya bila melafazkan maaf dan terima kasih.. YA! SAYA SUDAH RESTU DAN MAAFKAN SEMUA PELAJAR-PELAJAR SAYA! JGN RISAU!!!

Dan kepada Ahli Kelab Prasasti Seni.. terima kasih utk segala-galanya.. pencapaian kita pada tahun ini adalah sangat luar biasa.. saya tahu, masih ada ahli kelab yang masih ragu-ragu utk menunjukkan bakat kerana MMG TAK SUKA PUN dengan SENI PERSEMBAHAN.. sbb join adalah TERPAKSA.. tak apa.. saya tak memaksa semua untuk menyukai bidang ini.. hak masing-masing.. kpd ahli kelab yang akan melangkah ke Tingkatan 5 tahun depan, saya tak akan kacau awak tahun depan.. tapi, mintak tlg awak utk turunkan ilmu yg saya bg kpd adik-adik awak ye... saya merayu~ tapi kalau tak nak saya tak paksa..

ShukStarz: TERIMA KASIH SEMUA... laju je aku tiap bila tgh beremosi bagai...hahahahaha...

1 comment:

star-piz said...

Aku masih mengharap untuk menjadi guru suatu hari nanti =)