Thursday, December 08, 2011

* Peluang

PELUANG...

Peluang datang bukan selalu.. dan ada juga tak pernah berpeluang langsung untuk melakukan sesuatu dan berbuat sesuatu..

Memanglah cikgu-cikgu ni cutinya banyak tapi, tidak semua cikgu dapat merasai nikmat cuti banyak tu memandangkan ada komitmen yang harus diselesaikan..hurmmm.. tak tau la tahun ni macam sangat-sangat byk benda yg dibuat sampaikan banyak benda juga yg diabaikan..

Tapi, alhamdulillah... dalam kesibukan yang melanda ketika cuti ni, saya sempat juga meluangkan masa utk bercuti bersama keluarga ke Sarawak.. It's a great experience! 

Peluang yang ingin saya ceritakan ni sangatlah HEBAT di mana for the first time eva, saya akan mewakili Negeri Johor untuk Pesta Sukan dan Kebudayaan Peringkat Kebangsaan which is the highest achievement of me in art performance.. so, ni macam PELUANG sekali seumur hidup.. hahahaha... Susah nak dapat peluang yang sebegini.. jadi, bila ianya di depan mata, we should grab it and prove that we are the BEST!

Sesi latihan telah pun bermula.. bermaksud tenaga harus dikerah, keringat harus ditagih agar semuanya berjalan dengan lancar pada hari pertandingan.. kami mengatur strategi sebaik mungkin agar gerakan dan pola lantai tidak jemu mata memandang dan beridentiti JOHOR!! 

Dan masih ada lebih kurang 2 minggu lagi latihan.. segala perubahan gerak perlu dilakukan segera agar semuanya tampak sempurna nanti.. dan saya SERIOUSLY tak akan mensia-siakan PELUANG ini begitu sahaja.. Walaupun sedar banyak kelemahan diri, saya akan pastikan yang usaha memperbaiki diri akan terletak paling atas sekali.. hahaha...


ShukStarz: PSKPP Kebangsaan here we go!!!! 

No comments: