Sunday, December 25, 2011

* Trivia 2011..

Apabila hampir ke penghujung tahun, maka ramai lah yang dah pasang angan-angan atau lebih tepat impian dan azam untuk tahun berikutnya.. tapi, bagi aku, aku tak suka buat benda-benda tu semua.. aku lebih suka kenangkan apa yang berlaku pada tahun tersebut.. Ianya lebih 'memorable'

1) Banyak kenangan pada tahun ini yang tidak sama sekali dilupakan.. dimulakan dengan kereta kena pecah dan laptop aku hilang kena rembat masa tu.. perghhhhh.. hanya tuhan yang tahu.. haishhhh... ke mana lah laptop tu pergi kan?? dijual di black market kah?? atau dibuang begitu sahaja.. banyak benda berharga kat dalam laptop tu.. tak perasan langsung masa tu tingkap kena pecah.. kemain halus lagi si pencuri ni buat keje terlarang ek.. padahal aku takde lah jauh sangat ngn kereta.. hurmmmm.....

2) Tahun ni jugak lah aku kehilangan kawan baik di Universiti iaitu Mohd Syafiq Ibrahim.. aku ada letak entry khas untuk arwah.. scroll saje di blog ini dan anda akan mendapat cerita mengenai beliau.. sampai sekarang kalau pergi ke mana-mana dan terlihat benda yg arwah suka especially steamboat mesti terharu..

Ok..ok..ok enough with cerita sedih pada tahun ni.. hehehhee... 

3) Yang paling best pada tahun ni adalah pencapaian peribadi..hahahhaa... dah lama menyepi dari arena persembahan pentas especially tarian.. tapi, tahun ni berkesempatan join menari untuk wakil Pasir Gudang dalam Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran.. bukan sekadar wakil daerah saje, tapi kami melangkah gah sampai ke tahap kebangsaan.. sangat membanggakan.. aku banyak belajar daripada benda ni.. Ya! walaupun kami bukan pasukan yang kuat, tapi kami dah buktikan yang kerjasama sepasukan sangat diperlukan untuk berjaya... Thanks semua!! Ini kenangan terindah sepanjang zaman...



ShukStarz: beautiful year I've ever had.. thanks guys

No comments: